KDM JANGAN BERMIMPI KEJAYAAN PBS AKAN BERULANG LAGI
KDM JANGAN BERMIMPI KEJAYAAN PBS AKAN BERULANG LAGI
Perkauman dan agama sukar dipisahkan dengan politik Sabah, sejak awal lagi dimana kaum majoriti yang selalu mengambil kesempatan atas kelebihan mereka.
Pada awal politik Sabah hanya 48 kerusi dewan undangan negeri di antara bumiputra Islam dan KDM adalah seimbang, yang menjadi King Maker adalah suku kaum Cina yang tertumpu di bandar di mana mereka menyebelahi pasti itulah parti yang menjadi kerajaan. Makanya era 70an ujud nya kerajaan perikatan gabungan SCA dan USNO. Meskipun Parti Perikatan mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya Umum yang pertama pada April 1967, oleh kerana pergeseran di antara mereka, USNO dan SCA sahaja dapat membentuk kerajaan.
Selepas itu ramai Ahli Dewan Undangan Negeri umpamanya parti UPKO berpindah ke parti kerajaan dan akhirnya dibubarkan. Sekali lagi peranan parti Cina dapat mengubah senario politik Sabah era Parti Berjaya telah memenangi Pilihan Raya Umum 1976 dengan menewaskan Parti Perikatan Sabah. Selepas itu beberapa parti baru telah muncul termasuk Parti Bersatu Sabah (PBS) pada 1985. Kemasukan UMNO ke Sabah merupakan perkembangan terbaru dalam era politik Sabah. Dengan itu kemasukan UMNO ke Sabah, parti USNO telah dibubarkan dan akhirnya parti KDM terbesar di Sabah merujuk kembali ke Barisan Nasional.
Dengan percaturan politik Sabah parti-parti KDM berteraskan perkauman akhirnya bergabung dengan parti bumiputera Islam. Pada hakikatnya pemimpin-pemimpin KDM ini, mereka sedar bahawa mereka tidak boleh bersendirian hanya berlegar dengan perebutan kuasa diantara pemimpin mereka untuk dapat turut berkuasa bersama parti bumiputra Islam yang menjadi mangsa adalah peringkat grassroot yang menganggotai PCS, STAR, PBS, PBRS dan UPKO.
Cita-cita KDM untuk mendominasi politik Sabah seperti PBS satu ketika dulu hanya mimpi di siang bolong, apa lagi "Gerrymandering" kawasan pilihan raya dibuat pada era pemerintahan UMNO Sabah yang terdiri daripada 60 kawasan dewan undangan negeri, hampir 32 kawasan dewan undangan negeri adalah majoriti bumiputera Islam manakala bakinya Cina dan KDM dengan itu juga, peranan kaum Cina sebagai King Maker telah berakhir.
Dengan pengalaman dan kesedaran ini pemimpin seperti Datuk Darell Leiking, Datuk Peter Anthony, Terrance Siambun, Lee Vui Kiong, Junz Wong, dll bergabung dengan Warisan pimpinan Datuk Seri Shafie Afdal yang berteraskan parti multiracial tulin dan gambaran ini dapat dilihat berdasarkan susunan kabinet pair and square yang melibatkan semua kaum dan tanggungjawab yang sama rata, sama rasa.
Bagi KDM dan kaum Cina Sabah, adalah satu kerja politik sia-sia jika bersendirian tanpa bergabung dengan parti campuran seperti Warisan kerana masa tidak akan berulang kembali, sebagaimana parti Cina pernah menjadi King Maker. Manakala KDM walaupun kaum majoriti tetapi kawasan dewan undangan negeri yang mereka wakili tidak mencukupi untuk membentuk kerajaan sendiri, apa lagi taburan parti berasaskan suku ini terbahagi kepada beberapa kelompok.
SORAYA KIGIS
Comments