SIAPA BAKAL TERAJUI PPBM SABAH?




SIAPA BAKAL TERAJUI PPBM SABAH?
Bagi yang mengikut perkembangan politik sabah sejak beberapa bulan kebelakangan ni,tentu tahu beberapa pemimpin sering berulang alik ke kuala lumpur untuk menemui Tun Dr Mahathir Pengerusi PPBM.

Antara yang sudah menemui Tun M adalah Anifah Aman,Lajim Ukin dan beberapa pemimpin lain.Manakala Hajiji dan rombongan turut menemui TSMY pengerusi PPBM.


Jika di lihat usaha pemimpin yang mahu PPBM bertapak,Pengorbanan Lajim Ukin adalah yang terbesar.Yang mana beliau telah membubarkan parti harapan dan membawa 64 ribu ahlinya menyertai PPBM.



Manakala Hajiji di sokong oleh beberapa adun dan ahli parlimen yang turut keluar dari parti UMNO.Namun tidak diketahui berapa jumlah ahli UMNO yang bakal menyertai pasukan beliau berhijrah ke PPBM.

Seorang lagi pemimpin yang turut menemui Tun M  adalah Anifah Aman.Walaupun media melaporkan Anifah menemui Tun M atas sebab MA63 namun ada sumber yang mengatakan pertemuan itu ada membincangkan mengenai masa depan PPBM di sabah.



Teka teki siapa bakal terajui PPBM Sabah menjadi panas apabila ada kabar daripada penyokong terutama dari kem Lajim yang mahukan lajim menjadi ketua penaja di Sabah disebabkan pengorbanan beliau dan beliau turut punya ahli yang teramai iaitu 64 ribu orang.

Manakala di Kem Hajiji,para penyokong mahukan Hajiji menjadi Ketua kerana beliau adalah adun dan disokong oleh beberapa Adun dan ahli parlimen.

Selain itu ada yang mencadangkan Anifah menjadi Ketua memandangkan beliau adalah pemimpin yang paling berpengalaman dan punya karisma untuk menjadi ketua serta beliau boleh menyatukan kem Hajiji dan juga lajim Ukin.

Apapun yang berlaku,teka teki ini akan terjawab apabila PPBM bakal dilancarkan di Sabah pada 6 April 2019.

Sebagai pengikut perkembangan politik sabah ia adalah tarikh yang bakal memcorakan masa depan politik Sabah.


MOLLY LIPS
NEW YORK.

Comments

Popular posts from this blog

5 FAKTA DARI PERJANJIAN MALAYSIA 1963

PERJUDIAN GELAP MAKIN BERLELUASA DI KOTA MARUDU.SABAH

ASAL USUL ETNIK RUNGUS