SABAHAN JANGAN IKUT RENTAK POLITIK UMNO-PAS
JANGAN IKUT RENTAK POLITIK UMNO-PAS
Politik Malaysia bakal merobek hubungan yang telah dibina sejak lama dulu, dengan perkahwinan parti musuh bebuyutan berkurun-kurun lamanya ditakdirkan di antara parti PAS-UMNO yang berobjekan agama dan bangsa akan bersatu.
Ini amat menakutkan bagi mereka di luar agama Islam dan bukan berbangsa Melayu kerana mereka khuatir bakal menjadi mangsa jika tidak menyokong mereka terutama bangsa Sabah dan Sarawak yang pastinya akan menjadi fokus sasaran mereka seperti yang kita sedia maklum sebelum ini.
Negeri-negeri Wilayah Timur ini wajar membaca perkembangan politik semasa, sentiasa berwaspada agar tidak terikut dengan rentak tarian memperdagangkan agama dan bangsa, tetapi wajar meneruskan tradisi hubungan baik yang terjalin sekian lama sejak leluhur kita, sehinggakan lebih 60 etnik boleh hidup saling hormati menghormati diteguhkan lagi dengan asimilasi melalui perkahwinan.
Pembaharuan politik Sabah wajar dirangka bebas dari perkauman dan anutan kerana dasar politik begini akan membawa hubungan harmoni dan kestabilan politik akan terus terjamin berkekalan. Bangsa Sabah wajar menjauhkan diri dari parti-parti tempatan yang berunsurkan agama dan kesukuan kerana ini tidak membawa kebaikan yang berterusan malahan hanya menguntungkan segelintir pemimpin untuk memperkukuhkan kedudukan mereka semata-mata.
Sebenarnya, kita telah tertipu oleh konsep Barisan Nasional kerana hanya dijadikan alat tempat berselindung oleh pemimpinnya yang kononnya untuk melindungi kaum masing-masing tetapi sebenarnya hanya memperkukuhkan kedudukan politik Melayu sebagai bukti selama 61 tahun apakah kemajuan ketara yang diperolehi oleh suku kaum di Sabah terutama KDMR? Apa yang kita lihat hanya pemimpin mereka yang menjadi kaya-raya hasil menjual bangsanya.
Sejak kebelakangan ini, konsep parti Warisan sudah mulai diterima oleh rakyat Sabah kerana setakat ini sudah ada sembilan orang pemimpin dari BN bergabung dengan parti ini dan ramai memohon menjadi ahli kerana atas kepercayaan mereka bahawa parti ini lah yang dapat melindungi hak-hak negeri Sabah.
"Apa yang paling dititikberatkan hari ini, kita tidak diadili oleh ucapan yang disampaikan. Kita dihakimi oleh perbuatan kita. Rakyat akan percaya kepada kita dengan cara kita melakukan sesuatu perkara" – Datuk Seri Shafie Apdal, 2 April, 2017.
Soraya Kigis
Comments