WARISAN ADA HALATUJU,UMNO SABAH KENA BELAJAR TERIMA HAKIKAT
Kekalahan UMNO pada tahun lepas, masih ada ahlinya tidak dapat menerima hakikat itu, apa tidaknya siapa sangka penguasaan selama 61 tahun dalam sekelip mata boleh ranap oleh kuasa rakyat.
Igauan ini masih menghantui mereka menidakkan kemenangan Warisan bersama sekutunya dengan menimbulkan persepsi negatif pada kerajaan Warisan.
Dari awal lagi UMNO tidak mengakui kemenangan kerajaan parti Warisan, sehingga parti itu membawa krisis Perlembagaan yang akhirnya mahkamah memutuskan Datuk Seri Shafie Afdal kekal menjadi ketua menteri dan kerajaan Warisan adalah sah.
Lanjutan dari itu penyokong-penyokong UMNO kekal tidak gembira dengan keputusan mahkamah itu dan terus menggasak kerajaan dengan berbagai istilah, kerajaan katak dan mencabul mandat rakyat dan berbagai lagi.
Sedangkan selama 26 tahun UMNO menikmati pemerintahan pun kerana ada hasil lompatan dua wakil rakyat dari PBS. Setelah itu menghapuskan akta anti lompat yang kononnya bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Menunding jari dengan Warisan konon parti ini membantu pendatang tanpa izin untuk memberi kewarganegaraan segera, sebenarnya UMNO lah pelopor perkara ini sejak 1994 telah menjalankan aktiviti pemberian mykad kepada rakyat asing bertujuan menjatuhkan kerajaan PBS. Ini terbukti lonjakan penduduk Sabah amat ketara 3.9 juta berbanding penduduk Sarawak hanya 2.4 juta, diperkuatkan lagi dengan bukti kukuh bangsa Pakistan lahir di negeri ini hatta terdapat di pendalaman, bukan sedikit banyaknya tidak termasuk orang Indon dan Filipina hanya dapat dibezakan kalau Indon boleh dikenali dengan tulisan number "8" dan Filipina pula tidak boleh menyebut perkataan "R". Diperkuatkan lagi pembatalan kerusi Dewan Undangan Likas disandang oleh YTL kerana didapati ada pengundi yang tidak sah bukan warganegara tetapi memiliki mykad palsu.
Atas desakan rakyat, berbagai suruhanjaya dibentuk berhubung isu ini tetapi tenggelam tanpa kesudahan di antaranya Suruhanjaya RCI dan Intergriti Parlimen yang di pengerusi oleh TS.Bernard Dompok. Ramai yang menjadi kambing hitam termasuk orang awam dan pegawai kerajaan telah ditahan di bawah akta ISA.
UMNO selalu memperkecilkan Warisan, menurut mereka kerajaan ini tidak mempunyai hala tuju. Benarkah anggapan itu, tentunya tidak benar, mana-mana kerajaan di dunia ini ada hala tuju yang ingin dicapai, kerajaan Warisan hala tujunya jelas untuk mengubah Sabah dari sistem korup dan membersihkan saki baki keburukan yang ditinggalkan oleh kerajaan Barisan Nasional selama dua puluh enam tahun tapi mungkin kesannya tidak kelihatan mendadak tunggu dalam sedikit masa lagi.
Kalau mengata orang "Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar" nanti terkena batang hidung, malu padahnya.
SORAYA KIGIS
KOTA KINABALU
Comments