KETUA WIRA PUTATAN BIDAS KENYATAAN JAINAB



Semasa kita di dalam gedung kuasa tidak perasaan pun apa cacat celanya kerajaan atau pura pura tidak tahu, setelah kita kehilangan kuasa menjadi rakyat biasa maka barulah kita merasai betapa susahnya rakyat selama ini.....

Keadaan suasana panas dan kemarau panjang ketika ini adalah satu fenomena alam semulajadi tentu sekali membawa berbagai masalah terhadap kehidupan rakyat seharian.

Kesempatan ini telah diambil oleh Ketua Wanita UMNO Sabah Dr. Jainab Ayid, "Warisan adalah Kerajaan gagal, tidak perihatin di saat rakyat menghadapi kesukaran mendapat air bersih untuk kegunaan seharian."

Namunpun isu ini telah dimaklumkan oleh pengarah Jabatan Air, Tuan Amarjit Singh terdapat banyak masalah teknikal. Bidas mantan wakil rakyat Karambunai itu lagi "Amarjit Singh wajar melepaskan jawatanya kerana gagal  melaksanakan kewajibanya akibat penstrukturan Jabatan Air yang telah membawa berbagai masalah kerana kebanyakan pelaksanaannya tidak profesional.

Bukan saja masalah bekalan air bersih yang dihadapi oleh negeri Sabah malahan sejak dari kerajaan Barisan Nasional lagi, yang lebih parah lagi bekalan tenaga elektrik tidak stabil selalu terputus akibat penjana kuasanya tidak efisien walaupun sejumlah wang besar telah diperuntukan untuk tujuan pembelian janakuasa itu tetapi terdapat ketirisan hanya penjana yang kurang bermutu tidak berbaloi dengan harganya yang tinggi.

Berhubung loji-loji air terdapat beberapa loji tidak disiapkan dan ada yang tidak sesuai pun terus dibina kerana kontraktor hanya mengejar keuntungan, dilaporkan juga banyak logi air tidak berfungsi kerana pump air disediakan kebanyakan tidak berfungsi kerana dibekalkan dengan pump yang tidak berkualiti.

Hampir semua permasalahan yang dihadapi sekarang ini adalah diwarisi dari kerjaan Barisan Nasional, maka adalah mustahil Jainab Ayid tidak fahami masalah ini kerana beliau terlibat dalam semua keputusan kerajaan kerana dia adalah Jemaah Kabinet.



MOHD FIRDAUS DIUN
KETUA WIRA PUTATAN

Comments

Popular posts from this blog

5 FAKTA DARI PERJANJIAN MALAYSIA 1963

PERJUDIAN GELAP MAKIN BERLELUASA DI KOTA MARUDU.SABAH

MUSA AMAN MAHU SERTAI BERSATU?