KETUA WIRAWATI PUTATAN BERTANYA KEPADA ANIFAH ATAS KAPASITI APA?
KETUA WIRAWATI PUTATAN BERTANYA KEPADA ANIFAH ATAS KAPASITI APA.......?
Anifah Aman adik kepada mantan ketua menteri Sabah yang sedang menghadapi berbagai tuduhan dari penyalah guna kuasa, pembersihan wang haram dan rasuah di mahkamah telah menemui perdana menteri baru baru ini.
Ada spekulasi Anifah akan menyertai Bersatu tetapi tindak balasnya berhubung isu terjawab hari ini kerana menurut Anifah Aman perjumpaan itu hanya fokus kepada Perjanjian Malaysia 1963, royalti minyak dan hak-hak Sabah yang lain.
Banyak mempersoalkan tindakannya itu atas kapasiti sebagai apa sedangkan beliau tidak ada kedudukan lagi, tambahan beliau tiada siapa-siapa lagi hanya sebagai parlimen bebas tidak layak mewakili berbincang untuk kepentingan negeri ini.
Sikap beliau ini ibarat pepatah hidung tak mancung, pipi tersorong-sorang sedangkan semua sudah maklum bahawa Jawatankuasa Khas Kabinet untuk menyemak Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) telah diwujudkan di peringkat Persekutuan. Badan rasmi ini diwakili oleh berbagai lapisan di peringkat negeri dan Persekutuan di antaranya ketua menteri Sabah dan Sarawak, dipengerusi sendiri oleh perdana menteri Malaysia Tun M.
Tindakan Anifah ini hanya memalukan dirinya sendiri dan tidak lebih mempromosikan dirinya sendiri supaya politiknya terus relevan.
Persoalan umum, semasa dia masih berjawatan dalam kerajaan, kenapa tidak bersungguh-sungguh menangani isu ini? Kalau pun hanya sekadar melepas batuk di tangga.
Biarlah Jawatankuasa Khas Kabinet ini menyemak Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang telah diwujudkan di peringkat Persekutuan diberi mandat untuk berunding berhubung isu ini.
IZZATUL AINI
KETUA WIRAWATI PUTATAN
Comments