KETUA WIRA PUTATAN GESA RAKYAT SABAH MENILAI NIAT PPBM KE SABAH




1.Padang Merdeka Kota Kinabalu melakar sejarah 56 tahun lalu menyaksikan proklamasi kemerdekaan Sabah, di tempat ini juga lah rakyat merayakan Sabah bergabung dalam gagasan Malaysia.

2.Pada 6 April 2019 satu sejarah akan terlakar yang dianggap majoriti rakyat Sabah satu lagi campur tangan politik dari luar kerana parti PPBM (Bersatu) akan dilancarkan di tempat ini, bak kata pepatah "patah tumbuh hilang berganti setelah rakyat Sabah berjaya mengusir parti UMNO".

3.Dikhabarkan Padang Merdeka ini akan dibanjiri oleh  mantan pemimpin dan ahli  yang kehilangan kapal perjuangan akibat penyingkiran rakyat Sabah pada PRU14 kerana perasaan benci kepada pemimpin-pemimpin yang menjadi tali barut mantan ketua menteri UMNO Musa Aman yang sedang menghadapi puluhan tuduhan pecah amanah, korupsi dan pengubah wang haram.

4. Bersatu tanpa mengambil peduli perasaan penyokong Warisan yang juga sekutunya semasa pilihan raya lepas, lebih mengutamakan survival politik pemimpin mantan UMNO yang mempunyai agenda jahat untuk menyingkirkan kepimpinan ketua menteri dan melemahkan kekuatan Warisan seterusnya akan mengambil kepimpinan negeri ini.

5.Satu sumber yang boleh dipercayai agenda ini dilatari oleh pemimpin lama dan akan bangkit mengunakan kekayaannya untuk mempengaruhi rakyat Sabah terutama yang tinggal di luar bandar supaya menyokong Bersatu. Pemimpin yang dimaksudkan adalah dimaklumi oleh semua pihak mengunakan taktik ala Thaksin Shinawatra bekas perdana menteri Thailand mengunakan proksi untuk menyelamatkan hartanya dan dapat bebas dari semua kesalahannya di negara gajah putih itu.

6.Pemain pemain politik joker ini adalah diketahui umum adalah budak suruhan Musa semasa berkuasa dulu dan telah bersumpah setia dengan bekas Ketua Menteri itu tetap bersetia dengan syarat mereka dikekalkan sebagai wakil rakyat dan kedudukan mereka terjamin, nah.... ini wajah-wajah pemimpin Bersatu nanti.

7.Adalah diramalkan kecelaruan politik Sabah akan berlaku dengan kehadiran Bersatu berulang kembali lagi era Berjaya-USNO dan PBS  dalam Barisan nasional semasa pilihanraya berlaku sabotaj mensabotaj di antara satu sama lain yang akhirnya akan merugikan kerajaan.

8.Memang benar tiada satu peraturan menghalang parti politik untuk memasuki mana-mana negeri, itulah alasan PPBM tetapi telah melanggar prinsip dan etika persahabatan yang di materi pada awal PRU14 dengan Warisan.

9.Persoalan timbul, adakah mantan-mantan pemimpin UMNO yang terkenal dengan sikap tikam belakang ini dijamin mengikut telunjuk PPBM sedangkan mereka mempunyai agenda tersendiri bukan seperti niat baik Tun M untuk memperkukuhkan kedudukan Warisan dalam politik Sabah.

10.Adalah amat mencemaskan sudah kedengaran desakan-desakan PPBM Sabah, untuk menuntut perubahan barisan kabinet Sabah untuk memberi laluan kepada pemimpin mereka supaya dilantik sebagai menteri sekurang-kurangnya timbalan ketua menteri. Dalam hal ini, diminta agar Tun M memegang janjinya bahawa mantan-mantan wakil rakyat UMNO ini tidak diberi apapun jawatan sekurang-kurangnya selepas PRU15.

11.Untuk mengelak kecelaruan politik Sabah wajar dibentuk satu jawatan kuasa bersama diantara PPBM dan Warisan untuk mengawasi tindak tanduk ahli-ahli yang merosakan dan melemahkan kerajaan, kerana timbul kompleketed kerana Warisan tidak menganggotai pakatan harapan.

12.Terpulang kepada rakyat Sabah menerima atau menolak kehadiran PPBM di negeri "tepuk dada tanya selera".


MOHD FIRDAUS DIUN
KETUA WIRA PUTATAN

Comments

Unknown said…
Saudara firdaus jgn d risaukan kemasukan ppbm ke sabah,presiden warisan,telah pun bersetuju dgn kemasukan parti ppbm ke sabah,parti warisan telah memrintah jika kekuatan itu ada sebagai parti memerintah,jangan takut dengan kemasukan parti ppbm di sabah,soal bekas pemimpin umno yang akan mengemudi parti ppbm d sabah jangan di kecam niat mereka untuk memimpin sesebuah parti,saudara juga kena ingat tidak terjadi nya kerajaan warisan membentuk kerajaan negeri sabah, jika bukan drpd parti barisan nasianal,berhijrah sudah pasti warisan masi sebagai parti pembangkang kita blh lihat statistik pru14..percaya pada kekuatan parti warisan,begitu juga sebagai parti ppbm yang akan masuk ke sabah..biar la dlm sebuah kerajaan dapat mengimbangi sesuatu keputusan yg d buat oleh kerajaaan skrg baru la tidak ada yg suka2 kan....
laksmanaRE said…
Sdr Firdaus, asalnya UMNO tidak pun dibuang, tidak kalah sepenuhnya masih ada kerusi, walau setelah beberapa pemimpin keluar UMNO masih ada kerusi. PPBM masuk Sabah apa masalahnya? PKR dan DAP pun parti dr MALAYA, Warisan sanggup pula kerjasama. Kalau mau kata PPBM nu partu baru, apa bezanya parti Amanah? kenapa tidak di bantah juga. Jangan kamu rasa tergugat dengan PPBM yang datang ke Sabah terus ada kerusi. Harus kamu ingat juga, kerajaan Warisan dengan gabungan PH sekarang pun tertubuh hasil lompatan komponen BN dan YB2 UMNO. Sdr Firdaus harus banyak menilai, jangan jek saja org atas mau dapat markah lebih.
Alay said…
masuk dunia politik sebab apa bro? Lobi projek, kejar pangkat pengaruh atau ikhlas bjuang utk rakyat..dunia politik penuh dgn tipu muslihat..salah percaturan salah langkah confirm tumbang..mahu terus kekal dalam politik..kena sentiasa blajar dari bawah..jgn baru masuk politik sdh mula pandai keluar statment yg nampak sgt tidak berpengalaman...sabah perlukan orang politik yg bijak dan berwawasan

Popular posts from this blog

5 FAKTA DARI PERJANJIAN MALAYSIA 1963

PERJUDIAN GELAP MAKIN BERLELUASA DI KOTA MARUDU.SABAH

PEGUAM WANITA SABAH MOHON PAS KELUAR DARI SABAH