4 TAHANAN LOLOS DARI PUSAT TAHANAN SEMENTARA MENGGATAL



KOTA KINABALU: Empat lelaki warga Filipina termasuk seorang remaja berusia 15 tahun melarikan diri dari Pusat Tahanan Sementara (PTS) Manggatal, dekat sini semalam.
Suspek dikenalpasti sebagai Sanny Chuan (21), Azlan Abu Bakar Sidik (15), Talam Jafar (27) dan Faisal Hamsali (36) berjaya meloloskan diri dengan merempuh petugas yang membuka pintu untuk memberikan makanan kepada tahanan.
Ketua Polis Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata seorang lagi tahanan yang cuba melarikan diri berjaya ditahan oleh pegawai keselamatan yang bertugas dalam kejadian pada pukul 4.55 petang.
“Kesempatan meloloskan diri diambil oleh empat tahanan tersebut dilakukan dengan merempuh petugas dan melarikan diri ke arah belakang PTS.
“Pada mulanya lima suspek cuba memanjat pagar dawai setinggi kira-kira 3.6 meter itu, namun seorang daripada mereka yang dikenali sebagai Ibni Aani, 43, berjaya ditangkap,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Habibi berkata pegawai keselamatan yang bertugas di blok terbabit meminta bantuan daripada rakan yang berada di blok lain sambil mengejar tahanan.
Tambah Habibi, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 223/224 Kanun Keseksaan kerana melarikan diri daripada tahanan serta kecuaian mengakibatkan tahanan melarikan diri.
“Sebelum ini kesemua suspek ditahan mengikut Seksyen 34 Akta Imigresen 1959/63. Siasatan akan diteruskan dan usaha menjejak empat orang suspek itu giat dijalankan,” ujarnya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai keempat-empat suspek terbabit diminta menghubungi polis untuk tindakan segera melalui hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu 088 221191/529211. 

Comments

Popular posts from this blog

5 FAKTA DARI PERJANJIAN MALAYSIA 1963

PERJUDIAN GELAP MAKIN BERLELUASA DI KOTA MARUDU.SABAH

MUSA AMAN MAHU SERTAI BERSATU?