SABAH DAN SARAWAK BAKAL MILIKI KUASA AUTONOMI
Pembentukan Malaysia bermula selepas termeterainya Perjanjian Penubuhan Persekutuan Malaysia yang ditandatangani oleh wakil kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak pada 16 September 1963.
Di bawah perjanjian tersebut, Sabah dan Sarawak sepatutnya dianggap sebagai ‘rakan kongsi’ bersama Persekutuan Tanah Melayu dan bukannya sebagai sebuah ‘negeri’ asing yang terpisah daripada negeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu.
Maka, ahli kabinet telah memutuskan untuk meminda Perkara 1920 Perlembagaan Persekutuan dengan objektif mewartakan semula kedudukan Sabah dan Sarawak sebagai ‘rakan kongsi’ dengan kedudukan yang sama seperti Malaysia.
Menteri Undang-Undang, Liew Vui Keong menyatakan bahawa, Sabah dan Sarawak tidak akan dikenali sebagai ‘negeri’ selepas perlembagaan dipinda dan rang undang-undang bagi pindaan ini akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada Isnin ini.
“Ia memerlukan majoriti dua pertiga untuk diluluskan. Pemerintahan Pakatan Harapan kini mempunyai 135 anggota Parlimen, termasuk sembilan dari Warisan dan satu dari Upko. Bagi meraih dua pertiga sokongan majoriti, kita memerlukan sekurang-kurangnya 148 Ahli Parlimen. “
Sabah dan Sarawak tak sama dengan negeri-negeri di Semenanjung
Zainnal Ajamain, aktivis hak asasi Sabah berkata bahawa negeri-negeri di Semenanjung tidak boleh meminta hak yang serupa dengan Sabah dan Sarawak kerana tidak terlibat dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63)
“Ia (Malaysia) bertujuan untuk menjadi sebuah negeri persekutuan bersama Singapura, Sabah dan Sarawak sebagai bahagian yang sama dengan Tanah Melayu.”
Sabah dan Sarawak bakal memerintah sendiri
Sekiranya pindaaan itu berjaya dan diluluskan oleh Parlimen, kuasa autonomi akan dikembalikan semula kepada Sabah dan Sarawak.
Sehingga kini, Malaysia terkenal sebagai negara yang mempunyai 14 negeri termasuk Borneo, iaitu Sabah dan Sarawak. Sikap toleransi dan saling memahami memainkan peranan penting dalam mewujudkan sebuah negara yang aman, makmur, dan sejahtera buat semua.
Sumber: World of buzz
Comments