KETUA WIRAWATI TENOM SIFATKAN TULISAN JALIN LUIN KERANA DENDAM




Kenyataan yang dikeluarkan oleh saudara Jalin Luin sebenarnya bukan lah keseluruhan luahan masyarakat Melalap. Tetapi ianya lebih kepada perasaan dendam kepada Parti warisan dan Pemimpin tertinggi seperti Datuk Peter Anthony. Masih terngiang di gegendang telinga saya pesan seorang Yb, dalam 15ribu pengundi di N.36 Kemabong bukan semua akan menyukai kamu. Do not expect too much. Mungkin dalam 15ribu itu hanya 3ribu yang menyukai kita.



Kepada saudara Jalin Luin dengarkan keseluruhan luahan masyarakat Melalap bukan hanya 2 atau 3 org. Datuk Peter Anthony adalah seorang Menteri Penuh yang memegang portfolio sangat penting bukan hanya untuk rakyat N.35 Melalap malahan seluruh Sabah beliau bertanggungjawab menjaga Pembangunan Infrastruktur di setiap pelusuk. Selama beliau memegang jawatan MPI sememangnya masa beliau sangat terhad bagi masyarakat N.35 Melalap dan itu saya tidak nafikan. Tetapi masyarakat N.35 Melalap sangat memahami keadaan Datuk Peter Anthony yang sangat sibuk untuk memajukan kemudahan yang ada di Sabah.

Dengan kesibukan DPA di KPI, beliau tidak pernah lupa menjalankan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat
N.35 Melalap. Buktinya beliau telah menganjurkan Pesta Kalimaran bagi memartabatkan suku Murut di Tenom. Menghidupkan semula suasana keramaian di pekan melalap dengan membina semula laluan keretapi. Dan dalam pembinaan sekarang ialah Pekan Baru Melalap yang dahulunya kerajaan terdahulu hanya membuat perasmian dan pecah tanah dalam beberapa kali untuk mengaburi mata pengundi.

Pernyataan kedua mengenai kelulusan projek. Apa yang boleh saya katakan di sini adalah. Kerajaan baru pada masa ini adalah kerajaan yang sangat efektif dan bersistematik. Prosedur yang dikeluarkan oleh DPA bagi pandangan saya adalah yang terbaik dimana masyarakat tidak akan suka-suka mengeluarkan arahan kepada Pejabat Daerah atau DO untuk mengeluarkan BQ. Berbanding kerajaan terdahulu hasil projek yang di luluskan sangat tidak memuaskan hati masyarakat kerana kontraktor hanya berpikir untuk kepentingan peribadi sahaja.

Kepada saudara Jalin bijak lah untuk berfikir demi Sabah.  Jika diturutkan perasaan hasad dengki dan dendam bagaimana masyarakat kita hendak maju. Biarlah kita bersuara untuk kebaikkan bukan untuk membalas dendam.

RAFIDAH ARKANI
KETUA WIRAWATI TENOM

Comments

Popular posts from this blog

5 FAKTA DARI PERJANJIAN MALAYSIA 1963

PERJUDIAN GELAP MAKIN BERLELUASA DI KOTA MARUDU.SABAH

PEGUAM WANITA SABAH MOHON PAS KELUAR DARI SABAH