MASA DEPAN SABAH BERGANTUNG KEPADA PERPADUAN KUASA POLITIK
Bertolak dari 16 September 1963 benarkah kita sudah terlepas dari penjajahan? Mungkin secara zahirnya, tetapi sebenarnya masih dijajah menerusi ekonomi dan politik kerana setiap perubahan politik ada peranan Persekutuan menentukannya kecuali PRU 14 adalah kesedaran rakyat Sabah mahu berubah tanpa pengaruh dari tanah seberang itu lagi.
Keadaan sekarang telah berubah keruntuhan UMNO di Semenanjung akibat tindakan yang dimulakan oleh Tun M untuk selamatkan Malaysia dan menggulingkan Najib. Siapa pernah menyangka BN/UMNO di Semenanjung berpecah sebegitu teruk. Di Sabah pula, tahap kesedaran rakyatnya sudah mulai semakin tinggi terhadap hak yang termaktub dalam MA63.
Apakah kita akan terlepas peluang keemasan sebegini lagi atau kita kekal sebagai berlindung di bawah ketiak mereka untuk kepentingan kestabilan politik Melayu di Malaysia Barat yang kini kecelaruannya berada pada tahap kronik dan amat sukar untuk diperbetulkan.
Peluang ini kita gunakan untuk lebih FOKUS menuntut HAK KITA dan memajukan diri agar kita tidak terus bergantung harap kepada mereka. Tuntutan kita perlu diteruskan secara agresif berpaksi kepada empat perkara teras: keselamatan, pendidikan, pembangunan, dan agihan kuasa sebagai asas perjuangan agar seimbang dengan apa yang ada di Malaysia Barat malah kalau boleh lebih baik kerana kita punya pelbagai sumber dan kekuatan.
Yang utama jangan lagi kita bercakaran seperti sebelumnya. Kekalkan momentun perpaduan dan keharmonian, lupakan politik sementara letakkan semua fikiran dan tenaga, bagaimana menerokai potensi besar dan sumber hasil yang banyak di anugerahkan dari Ilahi yang belum diterokai baik di darat mahu pun di laut di sekeliling negeri kita ini.
Sabah juga mempunyai perpaduan yang tinggi jika dibandingkan di Malaysia Barat. Walaupun pelbagai ethnik, anak anak Sabah sudah ada ilmu, kepakaran, kemahiran, gunakan untuk membangunkan masyarakat di Sabah. Insya Allah kita boleh berjaya kalau kita bermuafakat, tidak terus bercakaran kerana fahaman politik yang berbeza.
Gunakan kelebihan anugerah Allah kepada negeri kita ini dengan tanah yang subur dan khazanah di perut bumi yang tak terkira nilainya sebagai senjata berlindung seandainya kita bersendirian, Insya Allah kita akan terus hidup makmur.
Dengan syarat utama, kita mesti memilih pemimpin yang boleh membawa kemajuan kepada kita secara kolektif, bukannya seseorang yang hanya boleh menjaga kepentingan kita sahaja. Apa yang kita mahukan adalah seorang pemimpin yang kreatif yang boleh membuka peluang yang luas untuk kita berusaha dan mendapatkan rezeki serta menjamin masa depan anak cucu kita.
Terpulanglah kepada kita untuk mahu maju atau terus mengharap ehsan dari orang lain, memilih senang atau susah. Itu hak kita.
Soraya
Kota Kinabalu
Comments
WAHAI RAKYAT SABAH.
Sejarah yang lalu telah memberi petunjuk dan peringatan kepada rakyat Sabah bahawa pentingnya kita bersatu untuk berubah dan tanamkan dalam pemikiran kita untuk tidak lagi dibawah telunjuk pemimpin Malaya.
Parti BERJAYA ditubuhkan pada 15 Julai 1975. Menurut Datuk Harris Salleh (24 Ogos 2016), beliau dan Tun Fuad Stephens dipanggil oleh Tun Razak untuk menubuhkan parti BERJAYA dengan tujuan untuk menjatuhkan kerajaan USNO dan Syed Kechik dijadikan target.
Menurut Datuk Harris lagi, alasan pemimpin BERJAYA bertekad membuang Syed Kechik dari Sabah kerana mengumpul kekayaan sebanyak RM483 juta dalam tempoh 10 tahun menjadi penasihat kepada kerajaan USNO yang mengetuai Tun Mustapha.
Namun selepas kerajaan USNO dijatuhkan, Tun Mustapha digulingkan dan Syed Kechik dibuang dari Sabah menerusi kerajaan BERJAYA, Malaya terus bertindak menaklukkan kedaulatan dan menjarah 26 hak Sabah juga menerusi kerajaan BERJAYA.
Pada 21 Februari 1991, Mahathir Bin Mohamad memasukkan UMNO ke Sabah, sekaligus memerintah Sabah selama 24 tahun (1994 - 2018) sesudah menggulingkan kerajaan PBS pada tahun 1994. Namun akhirnya, PBS sendiri bersekongkol dengan UMNO Sabah untuk mengekalkan kehambaan Sabah kepada Tanah Melayu dari tahun 1976.
Hari ini 15 Februari 2019, Mahathir Bin Mohamad sekali lagi memasukkan parti politik 'Made In Malaya' ke Sabah. Iaitu PPBM dengan alasan untuk kuatkan kerajaan Warisan di bawah Kepimpinan Datuk Seri Shafie Apdal. Mahadir Bin Mohamad sebelum ini sudah ada perjanjian dengan Warisan PPBM tidak akan mengambangkan sayapnya di Sabah, tetapi janji tersebut tingal janji yang mengejutkan kita ialah Mahadir berkata “ janji itu bukan Kitab perlu diikut.”
Sesungguhnya, bangsa Sabah tidak mempunyai keazaman dan kekuatan nasionalisme untuk mengatasi ketuanan Malaya di Sabah, selagi itulah Malaya mempunyai hak politik untuk memerintah Sabah dan mengeksploitasikan hak dan kekayaan Sabah. Tetapi ia adalah pulangan tragis dari kehendak kaum Sabah sendiri sejak tahun 1976.
Malaya telah menguasai hak dan kekayaan Sabah sejak tahun 1976 atas nama demokrasi daripada kehendak kaum Sabah sendiri. Tetapi, dari sudut pandang nasionalisme ia adalah pembohongan dan kemunafikan, kerana pada kenyataannya ia adalah akibat kebodohan terhadap propaganda busuk regim Malaya kotor yang akhirnya Sabah binasa.
Dengan erti kata lain, politik BERJAYA yang menjadi barua proksi Malaya telah meletakkan kaum Sabah sebagai salah jalan, sehingga hak dan kuasa Sabah dirampas Malaya, di mana kaum Sabah telah menjadi koloni budak kepada Malaya, setelah bebas menjadi koloni budak kepada Britania pada tahun 1963.
Sesungguhnya, kaum Sabah boleh memilih untuk tidak menjadi bodoh kepada Malaya, dan menjadi lebih baik daripada Tanah Melayu. Sebaliknya, kaum Sabah memilih untuk menjadi bodoh kepada Malaya, dan menjadi lebih buruk daripada Tanah Melayu.
Moralnya adalah, kaum kaum Sabah perlu menjadi bangsa manusia yang pandai jera daripada diperbodohkan; diperhambakan; perhinakan; diperlekehkan; dan dieksploitasikan oleh Malaya atau negara lain. Kaum Sabah mesti berhenti daripada bertuankan Malaya.
Sabah untuk orang Sabah.
Gaman Handry Rumpit
20/03/2019.