YONG HANYA AMBIL PELUANG POPULARKAN DIRI SENDIRI
Siapa tidak kenal Yong Teck Lee mantan ketua menteri Sabah hasil dari sistem penggiliran ketua menteri yang diperkenalkan oleh Tun Mahathir dan akhirnya sistem ini dimansuhkan selepas UMNO (S) dapat diterima oleh rakyat Sabah.
Sudah menjadi kebiasaan presiden SAPP ini memgambil jalan singkat untuk mempopularkan partinya yang hidup segan mati tak mahu dengan cara yang lain untuk menarik perhatian orang ramai. Kalau dulu pernah memfitnah Tan Seri Harris berhubung "Double Six" dan berakhir diarah oleh mahkamah membayar RM600K ganti rugi kerana ternyata tuduhan beliau itu tidak berasas.
Kini giliran Amarjit Singh, pengarah Jabatan Air Sabah telah disaman oleh YTL berdasarkan tidak layak menjadi ketua jabatan itu atas sebab tidak mempunyai latar belakang sebagai kakitangan perkhidmatan awam hanya perlantikannya berdasarkan seorang penyokong Warisan tegar.
Presiden SAPP ini mengulangi taktik lamanya untuk mengembalikan ingatan orang ramai terhadap dirinya yang sudah pudar apa lagi parti pimpinannya telah kalah teruk dalam dua pilihan raya lepas.
JANS adalah jabatan yang mendapat liputan dan perhatian umum kerana terdapat berbagai skandal berlaku di sini semasa UMNO BN Musa lagi. Makanya Amarjit Singh telah diamanahkan oleh kerajaan baru berdasarkan kebolehan dan sikapnya yang bertanggungjawab dan terbukti telah menjalankan khidmat dengan telus yang mana telah membatalkan kontrak-kontrak yang melanggar terma-terma Perjanjian dan berat sebelah yang tidak masuk akal. Beliau juga telah menstrukturkan sistem pengurusan jabatan ini kembali.
Misalnya ada kontrak tempoh tamatnya menjangkau puluhan tahun, namunpun beliau menghadapi saman mencecah puluhan juta ringgit tetapi terus bertekad membuat pembersihan jabatan ini yang telah banyak merugikan rakyat, seterusnya mengembalikan wibawa Jabatan Air sebagai nadi penyumbang pendapatan kerajaan negeri.
Walaupun ramai beranggapan ada unsur-unsur balas dendam dari pihak yang berkepentingan, tetapi biarlah mahkamah yang akan memutuskannya dengan adil.
Mohd Firdaus Diun
Ketua Wira Putatan
Comments