PERPADUAN KAUM ADALAH WARISAN ANAK BANGSA SABAH YANG PERLU DIPERTAHANKAN



Sebenarnya usia negeri
kita telah di peringkat matang mampu menghadapi sebarang kemungkinan tetapi amat menyedihkan kerana masih ada lagi individu yang menggunakan isu agama dan kaum untuk mencapai cita-cita setengah pemimpin politik.

Mereka langsung tiada rasa sayang dengan negara ini yang dibina oleh pejuang-pejuang kemerdekaan terdahulu berhadapan onak dan duri dari penjajah Jepun dan British. Untuk menghadapi penjajahan nama-nama besar yang pernah terlibat adalah dari semua suku waktu itu, Antanom, Sigunting, Mat Salleh, Pak Musa dan banyak lagi mempunyai tujuan yang sama kerana benci kepada penjajah.

Semangat leluhur ini sedikit demi sedikit mulai terhakis kerana generasi baru sudah mulai melupai nilai dan jati diri kerana lebih mementingkan kebendaan dari maruah diri sendiri daripada mempertahankan pencerobohan ekonomi dan politik dari luar wilayah kita.

Benarlah jangkaan, semasa British membantu dan memberi kemerdekaan negeri telah meninggalkan bom jangka perkauman akan meletup bakal menghancurkan negeri ini satu hari kelak, ternyata sudah berlaku bumiputra Islam sudah menjadi kelompok politik dari PPBM(S) , UMNO(S) dan Warisan manakala KDM UPKO, PBS, STAR, PBRS.

Teori ini hampir menjadi kenyataan, apa lagi ada di kalangan pemimpin merasa tidak berpuas hati dengan kekalahan mereka pada PRU14 lepas. Mereka cuba membangkitkan berbagai cara dengan mengambil kesempatan dalam kesempitan untuk meniup anti perkauman dan memainkan sentimen agama antara semua penganut di negari ini malahan menawarkan parti-parti dari luar untuk membantu mereka menjahanamkan parti politik tempatan.

Keserikan tak kunjung tiba melihat kerosakan yang di bawa oleh Umno di Sabah di mana makan dan mulut kita pun mereka korek apa lagi piring ekonomi negeri kita pun mereka ikut makan sedang tempat mereka lebih jauh maju dari kita.

Apakah bezanya UMNO dan PPBM sudah tentu tak sama tapi serupa, di saat kita mencari jati diri, disitu jugalah parti luar ini cuba merelaikan kesatuan yang telah kita sepakati, akibat segelintir dek pemimpin yang ingin berkuasa kembali.

Sudah menjadi tanggungjawab kita bersama tidak kira bangsa, agama dan status sosial dan ekonomi yang ingin melihat Sabah sebuah negeri yang selamat diduduki, wajar menolak mana-mana pihak penghasut yang cuba meleburkan negeri ini dengan memainkan unsur-unsur agama dan bangsa.

Soraya
Kota Kinabalu

Comments

Popular posts from this blog

5 FAKTA DARI PERJANJIAN MALAYSIA 1963

PERJUDIAN GELAP MAKIN BERLELUASA DI KOTA MARUDU.SABAH

PEGUAM WANITA SABAH MOHON PAS KELUAR DARI SABAH