5 BUNGA PALING MAHAL DI DUNIA
Bunga adalah antara salah satu hadiah yang paling indah daripada alam semulajadi kepada kita. Ia menghiasai seluruh pelusuh muka bumi dan digunakan sebagai hiasan serta dalam mengekspresikan cinta.
Anda tak perlu berbelanja banyak untuk mendapatkan bunga yang cantik dan mekar kerana ia biasanya dijual dengan harga yang begitu murah.
Malah, anda juga boleh menanamnya sendiri. Namun, terdapat beberapa jenis bunga yang mempunyai nilai yang sangat tinggi di sisi manusia.
iluminasi.com kongsikan 5 bunga paling mahal di dunia, yang mana salah satu daripadanya berasal dari Malaysia.
5. Saffron Crocus - RM11,000 sekilogram
Mampu tumbuh sehingga 20 ke 30 sentimeter, Saffron Crocus adalah sejenis bunga yang sangat cantik apabila ia tumbuh dengan baik.
Dalam pertumbuhannya, bunga ini memerlukan cahaya matahari secara langsung.
Bahagian pada bunga ini sering digunakan sebagai rempah masakan dan dikenali sebagai rempah Saffron, antara bahan masakan paling mahal di dunia.
Dan sudah tentu penghasilan rempah daripada bunga ini bukanlah mudah dan murah. Sebanyak 50,000 hingga 70,000 bunga Saffron kering diperlukan untuk menghasilkan hanya 450 gram rempah Saffron.
Jadi, tak menghairankanlah jika bunga berada dalam kategori bunga paling mahal di dunia, dengan harga di antara RM8,680 hingga RM11,000 sekilogram.
4. Orkid Gold of Kinabalu - RM27,270
Memerlukan masa yang tersangat lama untuk mekar, bunga ini dikategorikan sebagai bunga yang memerlukan kesabaran dalam mengendalikannya.
Ia boleh mengambil masa sehingga 15 tahun sebelum ia berbunga dan spesis ini dikatakan berada di ambang kepupusan yang mungkin membuatkan harganya melonjak lebih tinggi.
Seperti namanya, bunga ini hanya boleh dilihat di kawasan berpagar di Taman Negara Kinabalu di Sabah. Jika anda ingin melihat bunga ini, anda boleh melawat Taman Negara Kinabalu sekitar bulan April atau Mei.
Nilai harga bunga ini mencecah RM27,270.
3. Orkid Shenzhen Nongke - RM7 juta
Agak mengejutkan apabila harga sekuntum bunga boleh menyamai harga sebuah rumah banglo.
Bunga orkid ini hanya mekar setiap 4 hingga 5 tahun sahaja dan namanya diberikan bersempena nama universiti yang menghasilkannya.
Para saintis menghabiskan masa 8 tahun dalam menghasilkan bunga orkid ini dan ia telah dijual dalam satu acara lelong pada tahun 2005, dengan harga RM860,000.
Juga pernah direkodkan penjualan orkid ini dengan harga mencecah RM7 juta.
2. Mawar Juliet - RM66.3 juta
Bunga mawar adalah antara bunga yang paling terkenal di dunia disebabkan oleh warnanya dan simbol yang dimilikinya. Namun, bunga Mawar Juliet ini terkenal kerana harganya yang sangat mahal.
Ditanam oleh seorang yang bernama David Austin, ia mengambil masa 15 tahun sebelum David menuai bunga mawar ini dan dipertontonkan kepada orang ramai di seluruh dunia.
Bunga ini bernilai tinggi kerana ia jarang sangat sukar untuk ditemui di dunia moden dan pada tahun 2006, David berjaya menjual bunga Mawar Juliet ini dengan harga RM66.2 juta.
1. Kadupul - Tidak ternilai
Bunga Kadupul merupakan satu tanaman bunga yang termasuk dalam spesis kaktus dengan nama saintifik Epiphyllum Oxypetalum.
Secara umumnya, tumbuhan ini adalah tumbuhan yang menjalar di tanah namun kadang-kala dilihat hidup melingkari phon lain. Sebahagian besar tumbuhan kadupul terdapat di hutan hujan tropika di Sri lanka.
Apa yang unik mengenai bunga ini adalah ia hanya mekar pada jam 10 atau 11 malam, dan hanya selama 2 jam. Ketika mekar, ia mengeluarkan bau yang tersangat wangi dan kemudian layu semula.
Walaubagaimanapun, bunga ini sangat sukar untuk dijual kerana selepas dipotong, ia hanya dapat bertahan hidup selama beberapa jam, sebelum layu.
Ia mempunyai beberapa nama lain di negara berlainan, seperti "Queen of the night", "Flower of The Moon" dan "Flower from The Heaven".
Dan alasan mengapa harganya tidak ternilai adalah ia tersangat jarang ditemui dan sukar untuk dijualbeli.
Comments