PPBM PENYAMBUNG AGENDA UMNO DI SABAH?




Negara kita mendapat kemerdekaan dengan percuma tanpa perjuangan berdarah seperti negara-negara lain, tetapi ramalan semakin menghampiri kebenarannya bahawa British telah meninggalkan Bomb jangka bakal menghancurkan negara kita iaitu isu agama dan bangsa.

Barisan Nasional merintah selama 61 tahun gagal menyatu padukan rakyat majmuk sebagai satu bangsa, satu rasa dan satu arah tetapi melahirkan satu masyarakat yang penuh dendam dengan curiga-mengcurigai di antara suku dan agama.

Pengalaman yang lepas wajar menginsafkan kita dan amalan ini tidak boleh diteruskan lagi kerana akan merugikan generasi mendatang.

Keadaan politik Sabah masih terikat dengan sistem Barisan Nasional yang mana masing-masing mahu menjadi juara suku kaumnya dengan tujuan utama menjadi pemimpin untuk kepentingan sendiri, untuk memartabatkan bangsanya, hanya satu alasan saja.

Kita tidak serik-serik menyandarkan masa depan kita kepada orang lain dengan harapan dapat membantu kita dengan lebih maju lagi. Sepanjang pengetahuan kita rakyat Sabah telah mengabdikan diri dalam naungan politik Melayu menerusi BN/UMNO. Apakah yang kita banggakan setakat ini hanya negeri kita kekal miskin, dasar-dasar ekonomi yang diperkenalkan oleh BN tidak adapun memberi kesan kepada orang Sabah dan tiada seorang pun menjadi jutawan seperti mereka di Malaya, kalau adapun orang Sabah menjadi billionaire kerana mencuri harta kita.

Sekarang apa sudah jadi? Orang Sabah berpusu-pusu menyertai Parti Bunga Raya dengan harapan Sabah menjadi lebih maju dan rakyatnya makmur setanding dengan orang Melayu di sana. Konon Shafie Afdal dan Warisan tidak boleh diharap akan mengalami nasib yang sama dengan PBS dan Berjaya tidak mampu bertahan lama. Sedar atau tidak kejatuhan Parti Bumiputra Sabah adalah disebabkan oleh pemimpin Sabah sanggup menjadi tali barut kepada orang Malaya.

Kalau ada pun sebenarnya pemimpin dari bekas UMNO lah yang terutama mahu sangat PPBM ini bertapak ke Sabah, kita biarkan mereka kerana itu hak mereka untuk mempertahankan legasi mereka, tetapi orang Sabah wajar berfikir dengan waras adakah sanggup diperalatkan untuk memenuhi nafsu pemimpin semat-mata?

Keutamaan kita adalah mencapai perpaduan mantap di antara semua etnik tanpa melihat apa anutannya, kerana kejayaan akan menyusul kemudian.

Cintai lah parti tempatan sebagai wadah penyatuan semua bangsa di Sabah.

Soraya
Kota Kinabalu

Comments

Popular posts from this blog

5 FAKTA DARI PERJANJIAN MALAYSIA 1963

PERJUDIAN GELAP MAKIN BERLELUASA DI KOTA MARUDU.SABAH

MUSA AMAN MAHU SERTAI BERSATU?