KETUA WIRAWATI PUTATAN MEMBIDAS KURNIAWAN NAIM KETUA KP UMNO SABAH




KETUA WIRAWATI PUTATAN MEMBIDAS KURNIAWAN NAIM KETUA KP UMNO SABAH

Kurniawan Naim Ketua Penerangan UMNO Sabah, sebelum membidas kerajaan negeri wajar bercermin dulu dan mengimbas kembali Barisan Nasional mentadbir negeri ini dari 1994-2018, gagal membawa negeri ini keluar dari senarai negeri termiskin di negara ini sedangkan Sabah adalah penyumbang utama  pendapatan negara, kaya dengan sumber aslinya tetapi hanya pemimpinnya yang menjadi tycoon sehingga ada yang dibawa ke mahkamah atas tuduhan salahguna kuasa dan mencuri hak rakyat sehingga mencapai ratusan juta ringgit.

Adalah tidak adil membandingkan Warisan seusia bayi dengan kerajaan Barisan Nasional yang memerintah sejak 1994-2018 tetapi gagal menyediakan peluang pekerjaan kepada ratusan ribu belia dari Sabah yang bertaburan di Semenanjung dan Singapura yang menghadapi tekanan hidup dan tidak kurang banyaknya yang terjebak dengan gejala sosial yang negatif. Sedangkan kerajaan Warisan sudah ada program untuk mengatasi masalah ini dalam masa terdekat ini, pelabur-pelabur di sektor perkayuan, industri berat dan pelancungan akan memulakan perniagaan mereka untuk membuka peluang pekerjaan kepada yang memerlukan.

Kerajaan Sabah telah membekukan pengimportan kayu kayan dan tidak ada lesen baru dikeluarkan. Makanya UMNO membuat tuduhan masih ada aktiviti pembalakan padahal itu adalah milik kroni UMNO yang telah diluluskan sebelum ini.

Adalah tidak benar bahawa kerajaan Warisan tidak mampu mentadbir negeri kerana setakat tiada cacat celah perjalanan pentadbiran negeri. Semua teratur seperti yang telah digariskan, setakat ini tiada seorang pun kakitangan membuat aduan bahawa gaji dan elaun mereka gagal dibayar, manakala projek pembangunan dan sosial terus berjalan lancar seperti yang telah dirancang. Kami mahu penjelasan apakah yang dimaksudkan kerajaan Warisan gagal berfungsi di sektor apa?

UMNO Sabah lebih pentingkan survival politik mereka dari kehidupan rakyat makanya isu-isu remeh-temeh pun mereka canangkan dan perbesarkan untuk meraih sokongan dan simpati rakyat kembali.
Sudah-sudah lah UMNO, jadi lah pembangkang yang efisien sebagai check dan balance untuk kebaikan rakyat jangan menjadi bak kata pepatah "Kuman di seberang laut nampak, tetapi gajah di depan mata tak nampak."

IZZATUL AINI

Comments

Popular posts from this blog

5 FAKTA DARI PERJANJIAN MALAYSIA 1963

PERJUDIAN GELAP MAKIN BERLELUASA DI KOTA MARUDU.SABAH

PEGUAM WANITA SABAH MOHON PAS KELUAR DARI SABAH