GILIRAN KETUA WIRA PUTATAN PERSOALKAN KEBIJAKSANAAN DDJK SEBAGAI ORIGINAL SABAHAN





1.Datuk Dr Jeffrey Kitingan sekali lagi tampil membidas rancangan murni ketua menteri Sabah untuk mengeluarkan permasalahan  dari kekalutan perundangan terhadap anak-anak tanpa negara hasil perkahwinan di antara warganegara dan non warganegara. "Tegas beliau GBS turut tidak bersetuju dengan gagasan itu kerana akan merugikan orang asal negeri ini".



2. Rancangan kerajaan Warisan menurut beliau mencurigakan ada udang di sebalik batu adalah jalan pintas untuk memutihkan PTI dengan cepat dan pantas.

3. Beliau menekan dari memberi tumpuan kepada anak anak state less yang tidak begitu banyak jumlahnya berbanding dengan mereka yang diberi mykad melalui pintu belakang dianggarkan ratusan ribu.

4. Wira Warisan bertanya apakah cadangan DDJK/GBS berhubung isu ini ? Atau hanya ingin menjahanamkan masa depan anak-anak yang tiada akses untuk pendidikan dan hak seperti rakyat Sabah nikmati. Kami amat kesal dengan pendekatan GBS lebih cenderung mempolitikan isu tanpa timbul sedikit pun simpati terhadap golongan ini.

5. Persoalan DDJK/GBS lebih cenderung untuk tangani pemberian mykad melalui pintu belakang, ini nasi sudah menjadi bubur kerana hasil tangan-tangan UMNO dan sekutunya dalam GBS sekarang.

6. Jangan salahkan Warisan sebagai mana dakwaan DDJK sudah beratus ribu mykad telah diberi pada PTI dan telah menjadi warganegara yang menurut undang-undang kes ini telah dibuat satu Suruhanjaya Mykad tetapi sampai kini tak ada kesudahannya tanya pada UMNO Sabah.

7. Rakyat jangan keliru dengan  perjuangan Dr Jeffrey Kitingan yang tidak berkesudahan sejak PBS lagi sehingga lah sekarang, tiada langsung sumbangan dengan rakyat kerana asyik berteori untuk kepentingan politiknya yang tidak kesampaian seperti kisah dongeng rakyat "mat jenin dengan pokok kelapa".

MOHD FIRDAUS DIUN
KETUA WIRA PUTATAN

Comments

Popular posts from this blog

5 FAKTA DARI PERJANJIAN MALAYSIA 1963

PERJUDIAN GELAP MAKIN BERLELUASA DI KOTA MARUDU.SABAH

MUSA AMAN MAHU SERTAI BERSATU?