LAJIM DIJANGKA BAKAL TERAJUI PPBM SABAH



Semakin mendekati tarikh 6/4/19, suhu politik Sabah semakin membara kerana menjadi teka teki siapa peneraju utama Bersatu versi Sabah yang sedang melobi dan bercita cita menjadi perhubungan Bersatu yang sering disebut adalah Anifah Aman, Lajim Okin dan Hajiji.

Tokoh-tokoh di atas mempunyai alasan yang kuat diamanahkan untuk menjadi penghulu Bersatu kerana masing-masing ada kelebihan dari segi sokongan dan pengalaman.

Anifah Aman adalah bekas menteri Persekutuan dan berpengalaman dalam bidang hal ehwal luar negara didukung oleh pengaruh abangnya mantan ketua menteri Sabah, tentu sedikit sebanyak masih mempunyai ramai pengikut setianya dalam UMNO akan memudahkan Bersatu mengumpul ahli-ahli UMNO untuk penyerapan dalam Bersatu.

Hajiji Noor mantan menteri Sabah yang paling kanan pernah menerajui beberapa kementerian sejak awal 1994 terlibat langsung dengan pembubaran USNO untuk diserapkan dalam UMNO. Kelebihannya lagi beberapa wakil rakyat UMNO akan bersama beliau menyertai PPBM dan ahli-ahli UMNO yang kononnya dianggarkan 100k.

Lajim Okin, siapa tidak tahu jasanya amat besar, gara-gara beliau lah UMNO berjaya menubuhkan kerajaan di Sabah dan wajar ingat pada 1994 ketika itu UMNO masih diterajui oleh Tun Mahathir tentu sekali sumbangan beliau dihargai oleh pengerusi PPBM itu.
 
Berbalik awal kemasukan UMNO di Sabah awal 90an dengan pujuk rayu Tun Mustapha kepada ahli-ahli USNO, akhirnya parti dibubarkan dan diserap kan dalam parti UMNO manakala aset USNO telah dihak milikan dengan United Sabah Islamic Association (Usia).

Setelah usai pembubaran USNO pihak Kuala Lumpur merasa Tun Mustapha satu ancaman kepada mereka dengan mencari helah untuk  mengadu domba kan antara dia dan Tun Sakaran akhirnya Tun M sendiri memilih Tun Sakaran menjadi ketua perhubungan UMNO pertama di Sabah dan seterusnya ketua menteri.

Kesimpulannya, menurut cakap-cakap orang Datuk Lajim Haji Okin akan diberi kepercayaan menerajui PPBM kerana mudah diterima oleh rakyat dan kerajaan sendiri tidak banyak keretakan dengan beliau. Ini lah ciri-ciri pemimpin yang digemari oleh Tun M sebagaimana dia melantik Tun Sakaran suatu ketika dahulu.

SORAYA KIGIS
KOTA KINABALU

Comments

Popular posts from this blog

5 FAKTA DARI PERJANJIAN MALAYSIA 1963

PERJUDIAN GELAP MAKIN BERLELUASA DI KOTA MARUDU.SABAH

PEGUAM WANITA SABAH MOHON PAS KELUAR DARI SABAH