PARTI POLITIK DAN AKTIVIS KAUM DAN AGAMA HARUS AMBIL IKTIBAR DARI TRAGEDI DI NEW ZEALAND
Dengan kejadian berhubung insiden tembakan di dua masjid di Christchurch, New Zealand wajar diambil iktibar oleh parti-parti politik dan aktivis yang berlindung disebalik bangsa dan agama.
Kalau melihat peristiwa berdarah ini agak mustahil berlaku di negara kepulauan yang mengamalkan demokrasi dan menghormati kepelbagaian.
Kejadian ini mungkin terpengaruh oleh parti One Nation yang diasaskan oleh Paulinen Hanson anti asia yang membenci kedatangan pendatang dari Asia terutamanya Muslim. Kebetulan atau tidak.... alasan penembak brutal itu ada persamaan dengan ideologi parti One Nation yang berasal dari Australia.
Melihat ke negara kita adalah amat terbuka dan berpotensi kejadian seperti itu berlaku jika tidak disantuni dengan teliti. Ada di kalangan parti politik secara terbuka terang-terangan meniupkan api perkauman dan bangsa, ini lah modal politik utama mereka yang digunakan untuk menarik sokongan tanpa menghiraukan natijah dan kesannya dalam masyarakat.
Apa lagi dipacu dengan media alternatif untuk menyebarkan provokasi dengan memainkan sentimen perkauman sudah tentu jangkauan adalah luas dan dalam masa singkat boleh merebak dengan pantas dan cepat.
Dari semalam saya cuba menekuni beberapa akaun Facebook dan blog terutama dari penyokong pembangkang adalah amat mengecewakan kerana kebanyakan tiada rasa simpati, malahan membenarkan tindakan ganas itu kerana menurut mereka itu adalah satu jalan untuk mengurangkan jumlah pendatang di negara itu.
Sebelum kejadian begini berlaku di tempat kita, satu kewajaran pihak berkuasa mengambil langkah-langkah memantau lebih dekat lagi aktiviti parti dan aktivis yang rasis ini agar keamanan yang kita bina bersama terus kekal dapat dinikmati oleh rakyat di negara yang tercinta ini.
Soraya
Kota Kinabalu
Comments