CUKUPLAH BERMAIN POLITIK KOTOR,RAKYAT SEMAKIN MUAK
Banyak kita bersyukur dengan politik Sabah, masih ditahap normal namunpun kita (Sabah) dihuni oleh 76 sub-etnik yang berbagai bahasa dan budaya tetapi cara kita berpolitik tidak sebusuk politik di Malaya.
Politik Malaysia diwarnai dengan perkauman, agama dan tidak terkecuali politik fitnah. Elements ini dijadikan isu untuk membakar semangat tanpa menghiraukan akibatnya demi kelangsungan survival politik dan parti mereka.
Ahli politik sekarang gagal membawa contoh yang baik kepada generasi penerus bangsa yang akan bertanggungjawab terhadap negara ini di masa akan datang, malahan membawa ajaran politik busuk.
Sewajarnya politik Malaysia tidak patut terjerumus dengan politik busuk ini tanpa mengambil kira nilai-nilai ajaran agama, toleransi perkauman sedangkan kita sudah seia-sekata menerima konsep kontrak sosial.
Sesungguhnya nilai-nilai sosial ini telah diperjudikan tidak dihormati lagi, malahan yang majoriti cuba menindas minoriti dengan menghina mereka dengan berbagai cara dengan harapan institusi kemasyarakatan hancur demi mencapai agenda mereka untuk berkuasa kembali.
Amat janggal sekali bila nilai-nilai ajaran Islam diperjudikan kononnya demi memelihara agama itu dari dicemari, sedangkan tanpa mereka sedari telah memperdagangkan agama Allah dengan memilih firman yang cocok dengan perjuangan mereka dengan harapan menarik perhatian penganut itu.
Adalah amat menyedihkan kerana ramai di kalangan umat Islam terpengaruh terutama mereka dari golongan Islam turunan (lahir dalam keluarga Islam) tidak mengamalkan nilai ajaran agama Islam yang sebenarnya.
Kita warga Sabah wajar menolak politik cara mereka ini, dan kita boleh teruskan situasi politik kita.
Setakat yang saya dapat ingati tidak pernah ada mangsa politik fitnah, apa lagi kehilangan hayat di sini. Semoga Tuhan [Allah] jauhkan negeri ini dari bahala dan jadikan lah negeri yang mendapat berkat.
Soraya
Comments
ayo segera bergabung bersama kami di bandar365*com
WA : +85587781483