KEMUNCULAN MUSA AMAN JADI TANDA TANYA






Kemunculan mantan ketua menteri Sabah Tan sri Musa Aman ke rumah terbuka Pengerusi Penaja PPBM Sabah YB Datuk Hajiji Md Noor telah mengejutkan ramai pihak terutama peminat politik tanah air.

Ramai yang tahu yang YB Hajiji tidak begitu mesra dengan Kerajaan Negeri yang diterajui oleh Dato seri Shafie Apdal.kenyataan Hajiji semasa PRK Sandakan yang menyalahkan kerajaan dalam isu PTI dilihat sebagai bukti yang Hajiji sebenarnya tidak dapat menerima Dato seri Shafie adalah ketua menteri sabah.Ia ditambah dengan kenyataan pengerusi STAR sebelum itu yang menganggap PPBM Sabah hanya menyokong kerajaan persekutuan tetapi menjadi pembangkang diperingkat negeri sama seperti hubungan USNO dan PBS setelah kejatuhan Kerajaan Berjaya 

Kehadiran Musa yang juga bekas bos kepada Hajiji semasa dalam UMNO walaupun dilihat  adalah kunjungan sempena hariraya namun disudut lain mula timbul persoalan.Sebelum ini timbul desas desus yang orang di sebalik PPBM Sabah adalah Musa Aman disebabkan semasa dalam UMNO ramai yang tahu Hajiji adalah pengikut setia Musa Aman.

Pelantikan Hajiji sebagai pengerusi penaja PPBM Sabah turut dikaitkan dengan Musa Aman.Ramai penggerak awal yang berusaha membawa masuk PPBM turut tidak berpuas hati dan akibatnya baru baru ini beberapa orang yang mengaku penggerak awal telah meninggalkan PPBM dan menyertai parti warisan Sabah.Mereka mempersoalkan keikhlasan para pemimpin yang berasal dari UMNO.
Ada yang menganggap mereka menyertai PPBM kerana ingin lari dari tuduhan rasuah atau salahlaku semasa dalam kerajaan dulu.

Dengan kehadiran musa di kediaman Hajiji,ia menguatkan lagi spekulasi yang Musa Aman bakal menyertai PPBM Sabah melalui Hajiji.Peminat politik melihat ia sebagai perkembangan politik sabah yang semakin hari semakin menarik walaupun ia cuma kunjungan biasa namun sukar dinafikan yang Musa dan Hajiji punya rancangan politik yang sukar diramal sebagai mana apa yang terjadi selepas tamat PRU14.

Apapun yang bakal berlaku ia sudah tentu akan menarik perhatian rakyat memandangkan Musa aman dilihat masih memiliki kekuatan dari segi kewangan dan pengaruh terhadap bekas bekas pemimpin UMNO yang menyertai PPBM sudah tentu akan merancang sesuatu untuk karier politiknya.

MOLLY LIPS
NEW YORK

Comments

terserah said…

ayo daftarkan diri anda di 4g3n365*c0m :D
WA : +85587781483

Popular posts from this blog

5 FAKTA DARI PERJANJIAN MALAYSIA 1963

PEGUAM WANITA SABAH MOHON PAS KELUAR DARI SABAH

MUSA AMAN MAHU SERTAI BERSATU?