PPBM JANGAN ULANGI PENYAKIT UMNO
PPBM JANGAN ULANGI PENYAKIT UMNO Namunpun PPBM rasmi masuk ke Sabah tetapi baranya masih hangat diperkatakan oleh sebilangan besar rakyat Sabah, ekoran pengalaman bersama UMNO Sabah dari 1994-2018 yang mengamalkan sistem pecah dan perintah. Seperkara lagi, rakyat Sabah serik dengan parti luar ini kerana kuasa pusat tertumpu di Putrajaya dari besar hingga sekecil-kecilnya pemilihan wakil rakyat hinggalah ketua menteri hanya direstui oleh pusat saja yang layak menyandang jawatan. Tidak hanya terhenti di sana, hampir semua sumber ekonomi dan projek-projek kerajaan hampir dimonopoli dan campur tangan orang Malaya sehinggakan ramai usahawan dan kontraktor menderita tidak mampu bersaing dengan yang ada kaitan dengan UMNO. Yang paling menyakitkan hati, korupsi bukan lagi menjadi rahsia tetapi secara terang-terangan dibuat disemua peringkat tanpa diambil tindakan hanya dibiarkan saja atas alasan untuk membiayai urusan parti. Dengan kekalahan Barisan Nasional pada PRU 14 semua ton...