Posts

Showing posts from 2019

OTAI REFORMASI SABAH,BELAJAR MERANGKAK DAHULU BARU BERLARI

Image
Kenyataan dikeluarkan oleh Sangkar Rasam yang menamakan dirinya Pengerusi OTAI Reformis 1998 Sabah telah saya baca dan saya simpulkan sebagai kenyataan yang penuh jenaka. Jenaka pertama, siapa Sangkar Rasam? Beliau merupakan seorang penjilat BN tegar sehingga tahun 2017 yang lalu. Hanya menyertai parti pada 2018 , selepas 19 tahun peristiwa Reformasi berlaku dalam negara. Maka ketawa besar saya setelah dia mengaku sebagai Otai Reformis! Jenaka kedua, Sangkar menyifatkan kenyataan YB Zuraida Kamaruddin sebagai angkuh hanya kerana mengkritik pimpinan parti. Kita maklum dalam parti lama Sangkar, budaya menegur memang dianggap sebagai pengkhianat dan akan dikutuk. Kami tidak lupa, kerana itulah rakyat menolak BN pada pilihanraya lalu. Jenaka ketiga, jika Sangkar ingin tahu definasi barah ianya ialah sekelompok manusia yang mengelilingi Presiden parti dan mempengaruhinya untuk membuat banyak keputusan yang mengecewakan akar umbi. Antaranya ialah memberi kelulusan khas untuk bertanding dalam...

AUTONOMI UMNO SABAH HANYA RETORIK POLITIK BUNG MOKHTAR

Image
Setelah 60 Tahun memegang dan memerintah Malaysia akhirnya kekalahan PRU lepas membuahkan hasil kepada UMNO sabah mendapatkan Autonomi Sabah. Persoalanya kenapa baru sekarang? Dimana kekuatan semasa menjadi kerajaan. Datuk Bung Mokhtar khilaf semasa menjadi Yang Berhormat atau Yang Berkerja. Dan setelah BN-UMNO tersungkur dengan bangganya mereka mengumumkan Autonomi UMNO Sabah. Angguk-angguk geleng-geleng sewaktu menjadi pemerintah tanpa memperjuangkan Autonomi Sabah asal kenyang sendiri. Adakah rakyat Sabah harus percaya sekali lagi dengan janji-janji mereka? 60 tahun kita hilang keistimewaan MA63... Pemimpin BN-UMNO hilang arah kerna selesa dengan kedudukan mereka. Jika dilihat PAU yang baru-baru ini berjalan dan sedang berlangsung impaknya tidak lah terlalu kuat biarpun BN-UMNO Cuba mengetengahkan orang-orang muda. Jika dari dahulu Datuk Bung Mokhtar mempertahankan dan menagih Autonomi sewaktu menjadi kerajaan rasanya beliau boleh menjadi superhero seperti dalam filem animasi. T...

RAYUAN MUSA GAGAL,DSSA KEKAL KETUA MENTERI SABAH

Image
Kawalan keselamatan di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu diperketatkan berikutan kes pendengaran rayuan bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman berhubung keputusan Mahkamah Tinggi menolak saman beliau yang mencabar pelantikan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri Sabah. Kawalan keselamatan bermula di laluan utama menuju ke kompleks mahkamah bagi memeriksa kenderaan yang ingin memasuki pekarangan mahkamah. Pekarangan kompleks mahkamah dibanjiri penyokong Barisan Nasional (BN) dan Parti Warisan Sabah (Warisan) seawal 8 pagi. Dianggarkan hampir 200 orang penyokong kedua-dua belah parti hadir bagi memberi tanda sokongan kepada Musa dan Mohd Shafie. Turut hadir adalah Menteri Belia & Sukan Phoong Jin Zhe, Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Dumi Masdal, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dilantik Loretto S. Padua dan Terrence Siambun dan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah. Pada 7 November 2018, Mahkamah Tinggi menolak saman pemula yang difailkan Musa terhadap Y...

MUSA AMAN MUNGKIN MENANG NAMUN SUKAR UNTUK DUDUKI KERUSI KM SABAH

Image
Untuk memenuhi keadilan, pihak mahkamah telah menerima rayuan Musa Aman walaupun sebelum ini Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu telah memutuskan bahawa pelantikan ketua menteri Sabah (Datuk Seri Shafie Apdal) oleh Yang di Pertua Negeri Sabah adalah sah di sisi undang-undang Sabah.  Hari ini, sekali lagi pengamal-pengamal politik menumpukan perhatian di mahkamah tinggi Kota Kinabalu kerana rayuan Musa Aman akan diperdengarkan sekali lagi, sama ada beliau masih kekal sebagai ketua menteri Sabah atau di sebaliknya. Pemerhati dari peguam-peguam veteran berpendapat rayuan kes ini adalah dijangka akan menyebelahi pada pihak kerajaan namunpun itu cuma satu andaian atau pendapat tetapi mahkamah lah yang paling berhak memutuskannya.  Penyokong Musa Aman telah memasang angan-angan Mat Jenin kerana menurut mereka, Boss mereka itu akan kembali berkuasa dan Bersatu akan mengambil alih peranan Warisan sebagai tulang belakang kerajaan Sabah kononnya percaturan Tun Mahathir. Umpamanya sebagai tand...

ESOK MUSA AMAN BAKAL KEMBALI SEBAGAI KETUA MENTERI SABAH?

Image
1.Perlembagan Sabah menurut  tafsiran hakim adalah berdasarkan kepada anggota ahli dewan bukan dari segi  komposisi parti wakilnya yang menang dalam pilihanraya.  2.Dengan itu, berakhir lah teka teki siapa ketua menteri Sabah yang sah, mahkamah telah memutuskan Datuk Seri Shafie Afdal pelantikannya sebagai KM selaras Perlembagaan Negeri.  3.Tan Sri Musa Aman sekali lagi meletakkan situasi politik Sabah dalam ketidak tentuan apabila berhasrat memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu yang menolak saman pemulanya berhubung isu ketua menteri Sabah. 4.Beliau masih tidak berpuas hati dengan tafsiran yang sebenar terhadap Perlembagaan Negeri serta kuasa Yang di-Pertua Negeri untuk melantik dan memecat ketua menteri.  5.Walaupun Musa berhak membuat rayuan berhubung kes  itu tetapi ramai melihat beliau lebih mementingkan diri sendiri dari kepentingan negeri dan kesejahteraan rakyat Sabah kerana sedikit sebanyak perbuatannya itu akan membent...

PENYOKONG PARTI STAR SABAH DESAK MAHKAMAH SYARIAH SABAH DIBUBARKAN

Image
Melalui satu posting di FB pemilik akaun LEE LEVIS mencadangkan beberapa perkara berdasarkan fahaman terhadap batu sumpah Keningau. Antara desakan LEE LEVIS adalah kerajaan wajib membubarkan mahkamah syariah Sabah dan Memberhentikan rancangan agama di televisyen.

KAHWINI WANITA BERUSIA,PUTRAJAYA KAJI TEKTIK WARGA PAKISTAN DI SABAH

Image
PETALING JAYA: Kerajaan akan mengkaji kes lelaki warga asing sanggup berkahwin dengan wanita tempatan yang berusia untuk tinggal lama dan berniaga di Sabah, kata Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail. “Kita akan kaji kes-kes begini. Tertakluk pada syarat-syarat pas dan permit yang dipegang warga asing itu. Kalaulah melanggar apa-apa syarat oleh Jabatan Imigresen, mereka akan ambil tindakan,” kata beliau. Dipetik Bernama, Wan Aziza mengulas kenyataan Pengarah Jabatan Imigresen Sabah Musa Sulaiman yang mendedahkan terdapat lelaki warga Pakistan yang datang ke Sabah, sanggup berkahwin dengan wanita berusia termasuk berstatus nenek, semata-mata mahu mendapatkan pas lawatan sosial suami asing kepada warga negara, untuk tinggal lama dan berniaga di negeri tersebut. Lelaki warga Pakistan yang datang ke Sabah dilaporkan sanggup berkahwin dengan wanita berusia termasuk yang berstatus nenek, semata-mata mahu mendapatkan pas lawatan sosial suami asing kepada warga negara u...

SYARAT PINJAMAN PENDIDIKAN YAYASAN SABAH HARUS DIKAJI SEMULA

Image
Pendidikan mencorakkan bentuk rupa masyarakat kita di masa depan, makanya kerajaan Warisan menyedari hakikat ini dan memberi komitmen yang tinggi dengan kemajuan pendidikan anak-anak Sabah di semua peringkat. Bagi merealisasikan hasrat tersebut, kerajaan Warisan telah menyediakan peruntukan sebanyak RM238.37 juta untuk pembangunan modal insan, keagamaan dan infrastruktur sokongan berkaitan pada tahun 2019. Kesungguhan kerajaan Warisan dalam agendanya untuk membangunkan modal insan ini juga dibuktikan dengan tindakan mengujudkan Kementerian Pelajaran dan Inovasi. Kementerian ini akan merangka dasar, strategi serta melaksanakan program pembangunan untuk menambah baik dan meningkatkan lagi tahap pelajaran dan pendidikan di Sabah. Keperihatinan dan kesedaran Datuk Seri Shafie Afdal betapa pentingnya pendidikan bukan hanya sekadar sebagai tenaga memordenisasi negeri, selain itu mengeluarkan rakyat dari kepompong kemiskinan. Kerajaan Warisan telah menyediakan biasiswa pada tah...

HAJIJI BOHONG UMNO SABAH MASIH RELEVAN

Image
KOTA KINABALU: UMNO Sabah menafikan yang parti tersebut dikuasai oleh penyakit sindrom penafian apabila sebilangan ahlinya melompat menyertai parti lain selepas PRU ke 14. Pengerusinya Dato Sri Bung Moktar Radin ( gambar) berkata memang terdapat segelintir ahli parti yang mengikut pemimpin masing- masing menyertai parti lain terutamanya parti BERSATU namun,ianya tidak menjejaskan kedudukan Umno di negeri ini. “ Kita akui ada ahli Umno menyertai parti lain khususnya parti BERSATU kerana terpengaruh dengan pemimpin mereka masing masing yang tidak berintegriti dan memiliki prinsip perjuangan dan lebih mengutamakan kepentingan peribadi” katanya ketika ditemui di sini dan diminta  mengulas kenyataan Ketua Pimpinan BERSATU Sabah Datuk Hajiji Mohd Noor di media ahad lepas yang mendakwa UMNO Sabah dikuasai penyakit sindrom penafian kerana kehilangan ahli yang menyertai parti BERSATU Menurut Bung yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno bukan sahaja segelintir pemimpin UMNO Sabah ya...

MUSA AMAN PERLU TAMPIL JAWAB PERSOALAN WANG 1MDB YANG DITERIMA UMNO SABAH

Image
Umum sudah melihat senarai penerima dana dari 1MDB yang dikeluarkan oleh SPRM baru baru ini.Antara yang tersenarai adalah UMNO Sabah.Apabila wartawan mengajukan soalan kepada Ketua Menteri Sabah Dato seri Shafie Apdal.KM Sabah menjawab yang persoalan itu sepatutnya ditujukan kepada Mantan Ketua Menteri Sabah Tan Seri Muda Aman yang juga mantan ketua perhubungan UMNO Sabah. Umum mengetahui yang Dato seri Shafie Apdal telah digantung keahlian UMNO kerana mempersoalkan skandal 1MDB kemudian mengumumkan keluar parti selepas itu.Tindakan itu mrmbuktikan yang beliau tidak terlibat dalam skandal 1MDB. Berlainan dengan Musa Aman yang ketika itu adalah ketua perhubungan UMNO Sabah.Walaupun mungkin tidak menerima wang 1MDB secara peribadi tetapi sebagai orang no satu UMNO Sabah ketika itu adalah mustahil beliau tidak tahu samada UMNO Sabah ada menerima wang dari 1MDB atau tidak. Sehingga ke hari ini belum ada sebarang kenyataan dari Musa Aman tentang wang 1MDB yang diterima UMNO...

KAJIAN SENARIO ROKOK SELUDUP PALING TERUK BERLAKU DI SABAH DAN SARAWAK

Image
SEBANYAK 60 peratus pasaran rokok di negara ini dikuasai sindiket penyeludupan membabitkan RM5 bilion kerugian pendapatan cukai tidak terkutip. Pengarah Perundingan Kesan Ekonomi dari Oxford Economics berpangkalan di United Kingdom (UK) Pete Collings berkata, statistik itu menunjukkan Malaysia adalah negara paling ditembusi di dunia membabitkan rokok seludup. Katanya, berdasarkan kajian senario rokok seludup paling teruk berlaku di Malaysia timur apabila pasaran rokok seludup dijuarai Sarawak yang mencatatkan penembusan 83.5 peratus diikuti Sabah 81.3 peratus. "Di Malaysia barat, penembusan pasaran rokok seludup tertinggi berlaku di tiga negeri pantai timur iaitu Kelantan membabitkan 78 peratus diikuti Terengganu sebanyak 76.5 peratus dan Pahang mencatatkan 72.5 peratus penguasaan," katanya. Beliau berkata demikian ketika membentangkan kajian itu di Persidangan Meja Bulat Isu Penjualan Rokok Seludup di Malaysia di ibu negara, hari ini. Turut menjadi panel pada ...

KEMUNCULAN MUSA AMAN JADI TANDA TANYA

Image
Kemunculan mantan ketua menteri Sabah Tan sri Musa Aman ke rumah terbuka Pengerusi Penaja PPBM Sabah YB Datuk Hajiji Md Noor telah mengejutkan ramai pihak terutama peminat politik tanah air. Ramai yang tahu yang YB Hajiji tidak begitu mesra dengan Kerajaan Negeri yang diterajui oleh Dato seri Shafie Apdal.kenyataan Hajiji semasa PRK Sandakan yang menyalahkan kerajaan dalam isu PTI dilihat sebagai bukti yang Hajiji sebenarnya tidak dapat menerima Dato seri Shafie adalah ketua menteri sabah.Ia ditambah dengan kenyataan pengerusi STAR sebelum itu yang menganggap PPBM Sabah hanya menyokong kerajaan persekutuan tetapi menjadi pembangkang diperingkat negeri sama seperti hubungan USNO dan PBS setelah kejatuhan Kerajaan Berjaya  Kehadiran Musa yang juga bekas bos kepada Hajiji semasa dalam UMNO walaupun dilihat  adalah kunjungan sempena hariraya namun disudut lain mula timbul persoalan.Sebelum ini timbul desas desus yang orang di sebalik PPBM Sabah adalah Musa Ama...

KERAJAAN SABAH TERUS CAPAI KEMAJUAN,PEMBANGKANG SEMAKIN HILANG PERANAN

Image
Bagai anjing menyalak bukit, bukit takkan runtuh, perumpamaan ini sangat sesuai ditujukan kepada Cybertrooper pembangkang yang tidak pernah  menerima kebenaran dan sentiasa membenarkan yang salah ibarat menegak benang yang basah. Apa yang paling mengecewakan rakyat adalah peranan pembangkang tidak mencapai maksudnya kerana tidak berpegang pada kod etika sebagai pembangkang, maksudnya yang baik untuk rakyat pun mereka cuba gagalkan demi mencapai matlamat mereka supaya imej kerajaan nampak teruk dan tidak bertanggungjawab. Kerajaan baru sedang berusaha semaksimumnya untuk memakmurkan negeri ini dengan pendekatan untuk menjana ekonomi sebagai tambahan pendapatan cukai langsung dan tak langsung, bukan seperti zaman Barisan Nasional hanya semata-mata pendapatan utamanya dari kayu balak melalui royalty atau kerajaan langsung mengeskport log di luar negara. Kerajaan Warisan tidak lagi bergantung dengan pembalakan malahan mencari alternatif baru sebagai penyumbang pendapatan neg...

KENAPA PEMBANGKANG SABAH KURANG MAINKAN POLITIK PEMBANGUNAN?

Image
Sejak parti Warisan mula mengorak langkah memasuki politik Sabah, tidak lekang dek cabaran untuk memecah tembok Barisan Nasional yang memerintah Sabah sejak 1994 - 2018. Berbagai aral melintang dihadapi, hampir semua pemimpin tongkaknya merasa bermalam dalam penjara, pejuang-pejuang dihina dan dicerca malahan dianggap sebagai binatang a....ing. Berkat ketekunan dan keyakinan, tak jemu dan bosan menerangkan objektif Warisan membawa harapan baru dan impian rakyat, telah diberi mandat hasil kerjasama dengan gabungan sekutunya. Kini kerajaan Warisan dan sekutunya sudah melangkah setahun lebih mentadbir negeri ini, sudah banyak perkara telah diselesaikan terutama tuntutan hak-hak Sabah menerusi MA63 hampir ke penghujungnya yang ditangani oleh jawatankuasa khas kabinet yang di pengerusi oleh Perdana Menteri sendiri, hanya kita bersabar sedikit masa untuk melihat hasilnya. Namun pun demikian tidak terhenti disana, kini kerajaan menghadapi cabaran berhadapan dengan isu pendatang tanpa i...

JALIN LUIN BUAT FITNAH LAGI

Image
Seorang blogger bernama Jalin Luin sekali lagi memuat naik status berunsur fitnah dilaman sosial Facebook semalam. Jalin luin dikhabarkan adalah anak kepada pendatang asing yg lahir di kg Bongau Semporna.Beliau hidup sebagai penulis jalanan untuk mendapatkan duit untuk membeli rokok.Beliau pernah menulis atau mengipas pemimpin Umno dan tulisan beliau turut dikatakan mendapat bayaran. Cara Jalin Luin menulis adalah amat jijik kerana mengambil info yang tidak sahih dan kadang kala direka untuk mencemarkan nama baik pemimpin atau parti. Terkini Jalin luin dikatakn cuba untuk merapatkan diri dengan PPBM Sabah untuk tujuan yang sama untuk mencari duit rokok Di bawah adalah penafian dari Timbalan Ketua bahagian Warisan Kinabatang terhadap kenyataan Jalin Luin di FaceBook As salam dan Selamat malam... ☝ merujuk kpd statement yg dikeluarkan oleh penulis bernama Jalin Liun maka dengan saya JAINI BIN ABDUL KADIR, Timbalan Ketua Bahagian Parti Warisan Sabah Bahagian P 187 K...

KERAJAAN SABAH MAKIN MANTAP PEMBANGKANG SEMAKIN KEKURANGAN ISU

Image
Kerajaan sepenggal adalah tanggapan orang-orang yang kecewa yang kehilangan kuasa pada 9 May 2018, lantas meroyan kerana kehilangan sumber pendapatan, darjat, pangkat dan segala-galanya. Bukan setakat itu saja, dalam masa terdekat akan ada yang menjadi banduan hasil dari perbuatan mereka yang pecah amanah, salahguna kuasa, penggubahan wang haram dan koruptor. Alasan golongan ini, cuba membandingkan kejayaan kerajaan memerintah selama 61 tahun dengan kerajaan yang hanya mentadbir dalam usia setahun. Sudah sememangnya kerajaan Barisan Nasional nampak lebih baik, tetapi hakikatnya menuju ke negara mundur kerana dibebani hutang yang banyak dan rakyat pula dipaksa menampung hutang kerajaan melalui system regim cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dengan kata mudah difahami semua pengguna tak kira miskin atau kaya tidak terkecuali membayar cukai dan perkhidmatan. Kelembaban pembangunan dan perkhidmatan tahun pertama agak perlahan kerana kerajaan terpaksa menumpukan perhatian dengan...

CUKUPLAH BERMAIN POLITIK KOTOR,RAKYAT SEMAKIN MUAK

Image
Banyak kita bersyukur dengan politik Sabah, masih ditahap normal namunpun kita (Sabah) dihuni oleh 76 sub-etnik yang berbagai bahasa dan budaya tetapi cara kita berpolitik tidak sebusuk politik di Malaya. Politik Malaysia diwarnai dengan perkauman, agama dan tidak terkecuali politik fitnah. Elements ini dijadikan isu untuk membakar semangat tanpa menghiraukan akibatnya demi kelangsungan survival politik dan parti mereka. Ahli politik sekarang gagal membawa contoh yang baik kepada generasi penerus bangsa yang akan bertanggungjawab terhadap negara ini di masa akan datang, malahan membawa ajaran politik busuk. Sewajarnya politik Malaysia tidak patut terjerumus dengan politik busuk ini tanpa mengambil kira nilai-nilai ajaran agama, toleransi perkauman sedangkan kita sudah seia-sekata menerima konsep kontrak sosial. Sesungguhnya nilai-nilai sosial ini telah diperjudikan tidak dihormati lagi, malahan yang majoriti cuba menindas minoriti dengan menghina mereka dengan berbagai car...

HAJIJI MULA DITOLAK PENGGERAK AWAL BERSATU SABAH

Image
Hanya beberapa bulan pelancaran PPBM-Sabah sudah menghadapi berbagai cabaran akibat kepimpinan yang lemah. Diramalkan ramai lagi ahli-ahlinya akan meninggalkan parti ini berhijrah ke parti kerajaan yang memerintah. Sejak PPBM melebarkan sayapnya ke Sabah telah membuat kesilapan demi kesilapan, akibat sikap tamak dan saling tidak percaya di antara satu sama lain di kalangan bekas-bekas pemimpin UMNO. Kesilapan pertama telah menolak dan mengabaikan pemimpin veteran dan berpengalaman di antara lainnya Datuk Lajim Hj Okin dari parti Harapan Sabah yang dikenali sebagai janang gayuh di kalangan Bisaya Sabah dianggarkan mempunyai puluhan ribu pengikut di seluruh Sabah. Datuk Salleh Said, adalah mantan ketua menteri Sabah adalah tidak boleh dinafikan pengaruhnya masih kuat di seluruh negeri, namunpun beliau tewas dalam PRU14 tetapi pengaruhnya masih kuat di kalangan akar umbi suku Bajau di seluruh Sabah, serta beliau dikatakan mempunyai kekuatan logistik untuk menggerakkan mana-mana ...

CARI JALAN SELESAIKAN ISU PTI BUKAN CARI JALAN UNTUK DIPOLITIKAN

Image
Negeri kita (Sabah) dianugerahkan kekayaan sumber semula jadi dikelilingi oleh lautan yang kaya dengan berbagai jenis dari minyak, gas, makanan laut yang belum diterokai secara semaksima, manakala buminya yang subur terpacak panorama yang mempersonakan. Anugerah Allah yang dikurniakan ini jika tidak diurus dengan baik akan membawa malapetaka dan kesusahan pada penduduknya.  Tarikan ini lah membawa orang asing mendatangi negeri ini untuk tumpang mencari rezeki sehingga membawa kerisauan dengan berbagai pihak. Apa lagi pemerintah terdahulu tidak mengambil berat tentang masalah ini hanya mementingkan mencari kekayaan diri sendiri dengan jalan pintas, mereka (ahli politik) berjaya menjadi kaya raya tetapi masalah yang mereka tinggalkan menjadi satu ancaman pada rakyat di negeri ini. Peluang ini telah diambil kesempatan oleh ahli politik (parti politik) yang jahat dan pemain sektor Perladangan dan Pertanian membawa masuk pendatang asing ini melalui pintu belakang dengan be...

ERA BARU SPRM SUDAH BERMULA

Image
Kita peka dengan pelantikan bos baru SPRM, mungkin membuat satu kejutan dengan lebih ramai lagi akan akan didakwa dengan berbagai kesalahan rasuah, penggubahan wang haram dan salahguna kuasa. Semasa era pentadbiran kerajaan Barisan Nasional adalah menjadi satu kemegahan amalan rasuah pemimpin dan kroni amat bangga tanpa berselindung dengan aktiviti rasuah terutama dalam projek-projek kerajaan. Mereka menjadi kaya mendadak tanpa sumber yang jelas tidak diambil tindakan oleh SPRM atau Jabatan Hasil. Sudah setahun yang lalu, sehingga sekarang belum ada tangkapan dan pendakwaan hanya beberapa kes yang terpilih. Dengan kehadiran bos baru SPRM ini Puan Latheefah Koya, tentu ramai yang merasa cemas terutama pemimpin-pemimpin parti pemerintah yang dulu, yang terdedah dengan rasuah tentu menggusarkan mereka dengan perkembangan baru ini. Jika telah terlibat dengan rasuah bersedialah menghadapinya, kerana terpaksa membayar harga tinggi dengan perbuatan yang telah dilakukan. Orang ram...

ADUN LANTIKAN ADALAH KUASA KETUA MENTERI SABAH

Image
Hak rakyat adalah memilih kerajaan, selepas itu wakil rakyat yang dipilih akan dipilih menganggotai jemaah menteri adalah hak mutlak ketua menteri yang memilih menurut pendapatnya yang boleh membantu beliau untuk mentadbir kerajaan bersama dengan pegawai-pegawai awam yang sedia ada. Sabah hanya sebuah negeri yang mempunyai tambahan enam wakil rakyat lantikan, tanpa melalui pemilihan umum adalah hak ketua menteri melantik menurut pendapatnya yang boleh memperkukuhkan pentadbiran, kedudukan politik atau memperkukuhkan hubungan kerjasama antara parti anggota dalam kerajaan. Persoalan sekarang, DAP diperuntukkan satu Dun lantikan yang bukan lahir di Sabah ada persamaannya dengan presiden perbandaran Sandakan yang dilantik individu yang lahir di Sarawak tetapi telah menetap di negeri dibawah bayu ini puluhan tahun lepas. Peruntukan ini telah ujud sejak 1963, ada kemiripannya dengan lantikan ahli dewan negara di peringkat pusat untuk memenuhi keperluan wakil parti dan kepakaran ya...

PEMBANGKANG KETANDUSAN IDEA CUBA MENCIPTA ISU UNTUK PEMBOHONGAN POLITIK

Image
Satu lagi debaran yang ditunggu RCI mykad dan pendatang tanpa izin mungkin akan dibentang di Dewan Undangan Negeri atau Dewan Rakyat untuk mengetahui kedudukan projek mykad dan pendatang tanpa izin. RCI berkaitan isu itu, yang berlangsung di hadapan panel lima anggota yang diketuai oleh bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Steve Shim Lip Kiong, telah pun bersidang dan berakhir pada 2013. RCI itu telah dibuat pada era Barisan Nasional tetapi laporan suruhanjaya itu tidak pernah dilaporkan pada umum sehingga menimbulkan tanda tanya dan kecurigaan pada rakyat keseluruhanya. Apakah kesimpulan dan cadangan suruhanjaya itu berhubung dengan isu mykad dan pendatang tanpa izin di negeri ini. Pembentangan hasil laporan suruhanjaya diraja itu pada umum akan menjawab teka teki sejauh mana kebenarannya isu itu dan siapakah individu yang terlibat. Disamping kerajaan negeri melaksanakan cadangan yang diutarakan oleh suruhanjaya diraja itu, tetapi jangan lupa mengambil tindakan kepada mana ma...

RAKYAT RISAU PPBM SABAH TAK MESRA KERAJAAN NEGERI SABAH

Image
Hubungan Warisan-PPBM di peringkat Persekutuan nampak OK tetapi di peringkat negeri belum ada tanda tanda usaha kerjasama oleh pemimpin terutamanya dari PPBM masih kelihatan sejuk dan dingin. Keadaan ini amat menggusarkan pada penyokong kerajaan, apakah situasi ini tidak akan membawa kerugian besar pada kedua dua pihak? Yang akan menjejaskan peluang kemenangan untuk menghadapi pilihan raya ke 15 yang hanya berbaki empat tahun lagi. Ramai mengatakan Datuk Hajiji Haji Nor besar kepala sejak diamanahkan sebagai ketua penyelaras PPBM di Sabah kerana tidak membuat langkah langkah pendekatan yang memperkuatkan hubungan mesra di antara PPBM - Warisan. Bila mendengar desas desus di antara kedua dua pihak penyokong parti seakan ada Api dalam sekam, hanya menunggu kebakaran yang bakal menghancurkan hubungan kerjasama yang terjalin dalam keadaan Bersetuju untuk tidak bersetuju. Bagi pihak penyokong Warisan melihat serong pada PPBM kerana telah melanggar janjinya untuk tidak mengemban...

SEWAKAN RUMAH PPR KEPADA MANGSA KEBAKARAN

Image
Vui Keong (tiga, kanan) bertanyakan sesuatu kepada salah seorang mangsa sewaktu melawat pusat pemindahan sementara mangsa kebakaran di Kampung Karamunting. – Foto BERNAMA SANDAKAN: Unit rumah kosong di bawah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di sini diharap dapat disewakan kepada mangsa kebakaran yang layak memohon, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong. Beliau yang juga Ahli Parlimen Batu Sapi, meminta Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah (KKTP) dapat mempercepatkan urusan PPR berkenaan bagi membolehkan mangsa kebakaran di kawasan itu mendapat tempat tinggal. Vui Keong (tiga, kanan) bertanyakan sesuatu kepada salah seorang mangsa sewaktu melawat pusat pemindahan sementara mangsa kebakaran di Kampung Karamunting. – Foto BERNAMA “Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karamunting sendiri iaitu George Hiew Vun Zin, adalah Pembantu Menteri KKTP, kita harap urusan PPR ini dapat disegerakan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Semalam, 23 ...

BETULKAH MUSA AMAN TIDAK TAHU APA ITU PROJEK I.C ?

Image
Mantan ketua menteri Sabah yang penuh kontroversi, Tan Seri Musa Haji Aman lebih baik tutup mulut, usah berbicara isu mykad dan pendatang tanpa izin. Adalah lebih baik menumpu perhatiannya pada kes makahmah dengan puluhan tuduhan yang melibatkan rasuah, salahguna kuasa, laundering money dan membersihkan dirinya dari berbagai persepsi negatif oleh masyarakat. Namunpun beliau menafikan tidak terlibat dengan projek mykad atas alasan suruhanjaya siasatan pendatang tanpa izin tidak pernah memanggil dia (Musa) sebagai saksi. Itu bukan satu alasan kerana dia berlindung di belakang tabir kuasa sebagai ketua menteri pada ketika itu, bersamaan juga dengan kes rasuahnya tidak pernah timbul pada waktu itu tetapi sepas dia terguling jatuh dari ketua menteri, barulah beliau didakwa dengan berbagai kesalahan jenayah. Semasa pentadbiran Musa Aman penempatan haram PTI bagaikan cendawan tumbuh terutama kampung di atas air seperti Pulau Gaya tapi tidak pernah diambil tindakan sedangkan beliau ada...

ISU PTI TANGGUNGJAWAB BERSAMA PEMIMPIN SABAH

Image
Setelah saya membuat posting kewajaran kerajaan membuat regularsasi (Pemutihan) ramai yang memahami tetapi tidak kurang juga mempersoalkan dengan berbagai alasan diantaranya faktor keselamatan dan motif politik. Faktor keselamatan mungkin tidak timbul kerana setakat ini keadaan masih terkawal kadar jenayah masih di tahap selamat dan anggota keselamatan cukup untuk mengawal keadaan yang tidak di ingini. Namun ada juga membuat propaganda kononnya PTI satu ancaman, mereka itu akan membantu jika ada serangan sulu Filipina seperti di Tanduo dulu tetapi bahagian perisikan keselamatan tidak dapat mengesan setakat ini. Walaupun perkara ini tidak benar tetapi telah dipolitikkan bahawa pemutihan ini adalah taktik kerajaan mempertahan kuasa politik kerana PTI ini akan didaftarkan sebagai pengundi pro kerajaan. Stigma ini telah melekat di minda rakyat Sabah, kerana punca kejatuhan kerajaan PBS pada 1994 adalah faktor undi PTI yang diberi mykad seterusnya didaftar sebagai pengundi yang sa...

SISTEM 2 PARTI TIDAK SESUAI DI SABAH

Image
Beredar cerita ada pihak mempromosikan sistem dua parti hanya di antara PH dan BN, manakala parti-parti yang ada bernaung menyertai PH atau BN seperti amalan di negara-negara maju misalnya di Amerika hanya Demokrat dan Republikan. Sistem dua parti ini masih belum sesuai di Malaysia terutama bagi Sabah dan Sarawak kerana kedudukannya adalah istimewa berbanding negeri di Malaya, kerana dalam tengah memperjuangkan hak nya sebagaimana yang terkandung di dalam MA63 dan tuntutan yang lain. Bila kita (SS) bersetuju dengan sistem ini, dengan tidak disedari semua tuntutan kita akan terjejas kerana di negara ini hampir semua keputusan dipengaruhi oleh parti politik umpamanya era BN semua keputusan tertakluk kepada keputusan UMNO secara kebetulan perdana menteri nya adalah presiden parti itu. Dulunya Sabah dan Sarawak kehilangan kuasa politik tawar menawar di bawah BN. Namun tidak seperti sekarang, parti Warisan dan pembangkang Sarawak tiada kaitan langsung dengan BN atau PH hanya beke...

RAKYAT SABAH RUGI JIKA PEMIMPIN TIDAK BERSATU

Image
Sejauh manakah dalamnya regu kerjasama di antara Warisan dan Bersatu sedangkan antara lain kedatangan parti dari seberang itu untuk memperkukuhkan bukan merampas kuasa dari Warisan menurut pengerusinya Tun Dr.Mahathir. Malangnya, sejak pengisytiharan Bersatu bertapak di negeri ini, tidak ada tanda-tanda kerjasama di antara ke dua parti ini, malahan ada unsur-unsur pergeseran kerana apabila melihat kelibat ketua penyelarasnya Hajiji Hj.Nor kurang mesra dengan Warisan. Sampai ke saat ini, belum ada pertemuan secara rasmi untuk membincangkan strategik untuk menghadapi pembangkang yang kian hari mengganas menabur fitnah pada kerajaan negeri, tetapi kelihatan Bersatu Sabah menaruh niat jahat turut menyerang kerajaan negeri dengan berbagai isu dan belum menunjukkan komitmen yang serius sebagai contoh PRK Sandakan batang hidung Bersatu tidak kelihatan, malahan menurut sumber melarang ahlinya membantu PH untuk memenangi pilihanraya kecil itu. Tanda-tanda awal bakal kecelaruan politik...

RAKYAT PERLU MATANG HADAPI ISU POLITIK SEMASA

Image
Orang ramai masih dibayangi persepsi dengan kerajaan lama (BN) kerana suatu ketika dahulu sewenang-sewenangnya menggunakan kuasa institusi agensi kerajaan sebagai tempat berselindung dengan apa saja kesalahan jenayah yang mereka lakukan dan salah guna kuasa. Ini terbukti setelah kejatuhan kerajaan lama, lembaran kesalahan pemimpinnya terbongkar satu demi satu, pada ketika itu dianggap perbuatan mereka tidak bersalah. Kalau ada pun pertuduhan, hilang begitu saja tanpa dibuat apa-apa pengadilan. Malahan keluarga mereka atau orang suruhan mereka (pemimpin ) tersebut, turut mendapat perlindungan atas segala kesalahan hanya dianggap fitnah. Kesilapan itu cuba diperbetulkan oleh kerajaan Malaysia Baharu agar negara ini kembali ke landasan yang benar mengikut lunas undang-undang yang sedia ada. Sebagai contoh di Sabah, terutamanya isu pelarian perang dan pendatang tanpa izin, dua perkara ini ada perbezaan yang mengelirukan orang ramai. Pelarian perang dari selatan Filipina kehadiran ...