APAPUN KEPUTUSAN KM ADALAH TERBAIK



APAPUN KEPUTUSAN KM ADALAH TERBAIK (PPBM)

Teka teki semakin kencang pengumuman ketua menteri Sabah sehubungan dengan kemasukan PPBM sekutu Warisan ke Sabah yang bermotifkan memperkuatkan kedudukan Warisan sebagai parti utama di negeri ini.

Adalah dijangka oleh orang ramai hasrat PPBM bertapak ke Sabah akan tertunai, namun ramai yang kurang senang dengan kehadirannya kerana  berpandukan pengalaman yang lampau kehadiran UMNO dalam politik Sabah hanya menguntungkan segelitir pihak dan segala keputusan terpaksa dirujuk di Putrajaya.

Bila kita menghimbau suasana politik era 80an kekalutan politik berlaku semasa USNO, Berjaya dalam komponen BN dan USNO, PBS bekerjasama di peringkat pusat, tetapi di sebaliknya di peringkat negeri telah membawa ketidakpastian kestabilan politik di negeri ini, sehinggakan ada pihak mengambil kesempatan meneguk di air yang keruh terutama opportunist politik memperlagakan pemimpin tempatan demi mencapai agenda mereka.

Semoga pengalaman pahit ini tidak berulang, apa lagi janji PPBM memperkasakan parti Warisan sebagai tunggak institusi politik utama di negeri ini kerana tempat rakyat berpaut. Pengalaman ini juga tentu masih dalam lipatan ingatan rakyat Sabah tentang Tun Mahathir, tentu sekali Tun M sekarang bukan lagi bersikap Tun M di era tahun 80an.

Bagi pejuang-pejuang Warisan yang menganggap perjuangan ini sudah mulai melencong yang tidak selaras dengan slogan Sabah for Sabahan wajar beristiqomah, perasaan dan emosi jangan melampaui batas kerana kepentingan rakyat dan negeri ini lebih diutamakan.

Kita wajar bersiap sedia dan menerima sikap terbuka apa saja keputusan pemimpin tertinggi parti, percaya lah mereka akan mengambil keputusan yang amat rumit berdasarkan kebaikan kepada ahli-ahli parti dan rakyat keseluruhannya.

Soraya Kigis
18 February 2019
Kota Kinabalu Sabah

Comments

Rk said…
Satu tindakan yang bijak oleh Tun M untuk keperluan mencapai 2/3 Di Parlimen,yang juga diperlukan oleh kerajaan Sabah untuk dikembalikan hak hak MA63. The best dissolve Warisan and join PPBM.

Popular posts from this blog

5 FAKTA DARI PERJANJIAN MALAYSIA 1963

PEGUAM WANITA SABAH MOHON PAS KELUAR DARI SABAH

MUSA AMAN MAHU SERTAI BERSATU?