BUNUH,ROGOL DAN LIWAT;LELAKI DUSUN DAN 2 SUSPEK DICARI POLIS


DAINIS
DAINIS

KOTA KINABALU: Tiga suspek melakukan jenayah berat termasuk bunuh, rogol bawah umur dan seks luar tabii dikehendaki polis.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata suspek kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dikehendaki dikenali sebagai Sisal Benigno, 41, berasal dari Kampung Sembulan Lama dan memegang status pemastautin tetap.
Katanya Pegawai Penyiasat boleh dihubungi di talian 0112 669 1994.
“Suspek rogol bawah umur mengikut Seksyen 376 dan 376(3) Kanun Keseksaan dikenali sebagai Dainis Sitim berasal dari Kampung Pinawantai Ranau dan berumur 38 tahun.

SISAL BENIGNO
SISAL BENIGNO

“Dainis turut dikehendaki selepas melakukan kesalahan lain mengikut Seksyen 377(c)(a) Kanun Keseksaan iaitu melakukan seks luar tabii melampau.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat di talian 014 5119 306,” katanya.
Tambahnya, seorang lagi suspek lelaki yang dikehendaki ialah Lajin Pilong beralamat di Masai, Johor dan alamat semasa di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Gaya, Jalan Luyang di sini.

LAJIN PILONG
LAJIN PILONG

“Suspek melakukan kesalahan mengikut Seksyen 377(E) Kanun Keseksaan dan orang ramai bolehlah menghubungi Pegawai Penyiasat di talian 012 811 9794 untuk tindakan segera,” katanya.

Sumber:Utusan Borneo

Comments

Unknown said…
Bos yng buat pos ni sengaja nak cetus kan pergaduhan ka?? Kw pndai buat berita ka tdk?? Kw dapt beza antara individu dngnn bangsa ka?? Oo jd individu yg buat trus sebut bangsa la u punya otak mna??
Artikel tu agak2la lelaki dusun!? Hanya seorang iaitu dainis sitim. Tapi yang dua orang tu tidak pula kena sebut bangsa nya. Mungkin abang dan bapa kau kali tu kan. Next time tulis artikel biar kc terang bukan berat sebelah. Dan memcetuskan kemarahan netizen yg tidak berpuas hati.
Jtn1818 said…
Sisal benigno tu bangsa Dusun kah,kalau nak jadi pemberita atau penulis artikel yang dihormati sila tulis baik-baik tentang bangsa, memang betul yang seorang itu bangsa dusun manakala yang 2 orang lagi boleh dikatakan bangsa asing philipin a dan lain-lain PTI, MIND YOUR LANGUAGE BRO...
Unknown said…
palui punya admin, yg buat kesalahan individu bukan bangsa. yg 2 lagi tu knpa x sebut bangsanya. sengaja buat provok kau ni.

Popular posts from this blog

5 FAKTA DARI PERJANJIAN MALAYSIA 1963

PEGUAM WANITA SABAH MOHON PAS KELUAR DARI SABAH

MUSA AMAN MAHU SERTAI BERSATU?