TENGKOLOK KADAZAN BERTANDA SALIB PERNAH SELAMATKAN MAHATHIR?
BAGI saya Dr. Mahathir tidak lagi menjadi Perdana Menteri selepas Pilihan Raya 1990 jika tidak diselamatkan oleh gambar Tengku Razaleigh memakai tengkolok Kadazan bertanda salib”. Pendapat itu dinyatakan oleh Allahyarham Tan Sri Zainuddin Maidin dalam memoirnya, Saya Bukan Menteri (2016). Menurut Zainuddin, orang ramai marah apabila melihat gambar tersebut sehingga ibu pejabat Utusan Malaysia dibanjiri panggilan telefon. Tengku Razaleigh Hamzah atau dikenali sebagai Ku Li yang ketika itu mengetuai parti serpihan UMNO, Semangat 46 memakai tengkolok berkenaan ketika memeterai kerjasama dengan Parti Bersatu Sabah (PBS) yang dipimpin Tan Sri Joseph Pairin Kitingan. Menurut Zainuddin, kerjasama itu yang berlaku hanya beberapa hari sebelum hari mengundi Pilihan Raya Umum Kelapan (PRU-8) melumpuhkan serta-merta motivasi jentera perang saraf UMNO. Jawatankuasa Perang Saraf Pilihan Raya 1990 yang diketuai Datuk Dr. Wan Ismail Wan Mahmood bermesyuarat dengan lemah semanga...