BETULKAH MUSA AMAN TIDAK TAHU APA ITU PROJEK I.C ?
Mantan ketua menteri Sabah yang penuh kontroversi, Tan Seri Musa Haji Aman lebih baik tutup mulut, usah berbicara isu mykad dan pendatang tanpa izin. Adalah lebih baik menumpu perhatiannya pada kes makahmah dengan puluhan tuduhan yang melibatkan rasuah, salahguna kuasa, laundering money dan membersihkan dirinya dari berbagai persepsi negatif oleh masyarakat. Namunpun beliau menafikan tidak terlibat dengan projek mykad atas alasan suruhanjaya siasatan pendatang tanpa izin tidak pernah memanggil dia (Musa) sebagai saksi. Itu bukan satu alasan kerana dia berlindung di belakang tabir kuasa sebagai ketua menteri pada ketika itu, bersamaan juga dengan kes rasuahnya tidak pernah timbul pada waktu itu tetapi sepas dia terguling jatuh dari ketua menteri, barulah beliau didakwa dengan berbagai kesalahan jenayah. Semasa pentadbiran Musa Aman penempatan haram PTI bagaikan cendawan tumbuh terutama kampung di atas air seperti Pulau Gaya tapi tidak pernah diambil tindakan sedangkan beliau ada...