WIRAWATI TENOM MENYELAR KENYATAAN DS JEFFREY KITINGAN




WIRAWATI TENOM MENYELAR KENYATAAN DS JEFFREY KITINGAN

Kenyataan Presiden STAR  bahawa kerajaan negeri ujud bukan dari mandat rakyat tetapi dari katak-katak  melompat dan memalukan penyokong-penyokong Warisan kononnya tanpa sokongan dari DAP dan PKR kerajaan Warisan tidak akan ujud kerana hanya mampu meraih 21 kerusi dewan undangan negeri.

Sewajarnya Jeffrey Kitingan merasa malu kerana mendakwa dirinya King Maker sedangkan beliau lah yang menjadi Katak Pertama melompat bergabung dengan Barisan Nasional sehinggakan Musa Aman berjaya menubuhkan kerajaan Sabah dan beliau dilantik timbalan ketua menteri merangkap menteri pertanian yang tersingkat dalam sejarah politik Sabah hanya bertahan tiga hari...kempunan deloo... Sememangnya watak DDJK terkenal tidak pandai berputus asa dengan rancangan-rancangan bodohnya dan tidak masuk akal, satu ketika dulu tersumbat di penjara gara-gara ingin memerdekakan Sabah kononnya. Akibat tindakannya membantu Musa Aman menubuhkan kerajaan Sabah sehinggakan membawa beliau kepada siasatan SPRM didakwa menerima sogokan sebanyak 20 juta ringgit dan kes tersebut masih dalam proses dan kita tunggu perkembangan seterusnya.

Sebenarnya beliau ini telah kehilangan integriti politiknya dan tidak selaras dengan ilmunya satu ketika dulu dikenali sebagai genius tetapi tidak lagi sekarang kerana tindak tinduknya dan tingkah lakunya semakin aneh kerana apa yang diperkatakannya tidak serupa bikin, tambahan ingatannya sudah lemah tidak tajam seperti dulu.

Kepimpinan beliau  mengecewakan ribuan pengikutnya kerana ditinggalkan begitu saja setiap membuat lompatan ke parti lain tanpa alasan. Sebagai ingatan jauhkan diri dari DDJK jika anda tidak bersedia menerima kekecewaan dan banyak lagi pemimpin KDM yang terbaik darinya....

RAFIDAH ARKANI
KETUA WIRAWATI TENOM

Comments

James said…
Jgn tau mnuduh tp x bukti, kalau ada bukti pasal 20 juta tu, sila tunjukkan, jgn sbb prkara lampau, tp maruah Sabahan tergadai, mau ckp passl prkara lampau, cuba critakan dulu pasal Shafie, belum kira lampau lg, masa dia d UMNO, apa dia buat? Apa dia ckp dan apa dia sdh lakukan dgn Sabah, ko masih muda bah mandak, selok belok politik pun ko belum mahir lg, sma jg dgn sia, tp yg sia tau, sia x mbebel kalau x bukti.. Pelik jg Sabahan skrg, tutup mata pasal prkara bru2 jd, tp buka mata luas2 pasal prkara lampau, patut lah Sabah x pandai maju2..
Unknown said…
budak hingusan...klu u nak tau sbb ddjk kna isa dlu....sbb nya dia berjuang utk kita smua bumiputra sabahan....
ARDI said…
Betullah kenyataan Mandak tu... Kamu kena terima hakikatlah jgn asik jadi belacan
Unknown said…
Bila otak Suda gila mau terkenal memang macam-macam DIA org cakap, Kalo setakat cakosong sya pun bole cakap perkara yg Sama dgn pemimpin lain, sya mau tau APA yg kamu telah buat utk Sabah? Kalo setakat bercakap losing menghina & merosakkan Nama org yg berusaha menjalankan tangungjawap Dia? Manusia sentiasa menunjukkan bawa DIA yg terbaikk Dari manusia yg lain, sembayang la jangan tambah dosa
Jerry said…
This comment has been removed by the author.
Jerry said…
This comment has been removed by the author.
Jerry said…
Undi balik lah mandak baru tahu siapa yang tumbang Warisan atau GBS
Anonymous said…
WIRAWATI TENOM INI BERAPA UMUR?
WARISAN BERAPA UMURNYA?
SUDAH BANYAK CONTOH BILA PERAMPUAN MUDA MCM NI BERKECIMPUNG DALAM POLITIK DAN MAHU MENONJOL DIRI BERCAKAP SEPERTI SEORANG PAKAR, TAPI DI PERJALANAN POLITIKNYA TIDAK SEPERTI APA YANG DI ANGANKAN. WIRAWATI INI DALAM KETOGORI BOLEH GUNA TAK BOLEH PAKAI. DIA BELUM LAMA DLM POLITIK, NAFSU MAHU MENONJOL TERLALU TINGGI. DIA BELUM RASA MCM MANA NASIB DIA DALAM POLITIK, KITA TUNGGU DAN LIHAT. BILA POLITIK DAH MAIN KAT DIA, PAKAI BAJU PUN BOLEH TERBALIK.

BUDAK BARU NAK UP, SILA TUNJUKKAN.

Popular posts from this blog

5 FAKTA DARI PERJANJIAN MALAYSIA 1963

PEGUAM WANITA SABAH MOHON PAS KELUAR DARI SABAH

MUSA AMAN MAHU SERTAI BERSATU?