WIRAWATI TENOM MENYELAR KENYATAAN DS JEFFREY KITINGAN
WIRAWATI TENOM MENYELAR KENYATAAN DS JEFFREY KITINGAN
Kenyataan Presiden STAR bahawa kerajaan negeri ujud bukan dari mandat rakyat tetapi dari katak-katak melompat dan memalukan penyokong-penyokong Warisan kononnya tanpa sokongan dari DAP dan PKR kerajaan Warisan tidak akan ujud kerana hanya mampu meraih 21 kerusi dewan undangan negeri.
Sewajarnya Jeffrey Kitingan merasa malu kerana mendakwa dirinya King Maker sedangkan beliau lah yang menjadi Katak Pertama melompat bergabung dengan Barisan Nasional sehinggakan Musa Aman berjaya menubuhkan kerajaan Sabah dan beliau dilantik timbalan ketua menteri merangkap menteri pertanian yang tersingkat dalam sejarah politik Sabah hanya bertahan tiga hari...kempunan deloo... Sememangnya watak DDJK terkenal tidak pandai berputus asa dengan rancangan-rancangan bodohnya dan tidak masuk akal, satu ketika dulu tersumbat di penjara gara-gara ingin memerdekakan Sabah kononnya. Akibat tindakannya membantu Musa Aman menubuhkan kerajaan Sabah sehinggakan membawa beliau kepada siasatan SPRM didakwa menerima sogokan sebanyak 20 juta ringgit dan kes tersebut masih dalam proses dan kita tunggu perkembangan seterusnya.
Sebenarnya beliau ini telah kehilangan integriti politiknya dan tidak selaras dengan ilmunya satu ketika dulu dikenali sebagai genius tetapi tidak lagi sekarang kerana tindak tinduknya dan tingkah lakunya semakin aneh kerana apa yang diperkatakannya tidak serupa bikin, tambahan ingatannya sudah lemah tidak tajam seperti dulu.
Kepimpinan beliau mengecewakan ribuan pengikutnya kerana ditinggalkan begitu saja setiap membuat lompatan ke parti lain tanpa alasan. Sebagai ingatan jauhkan diri dari DDJK jika anda tidak bersedia menerima kekecewaan dan banyak lagi pemimpin KDM yang terbaik darinya....
RAFIDAH ARKANI
KETUA WIRAWATI TENOM
Comments
WARISAN BERAPA UMURNYA?
SUDAH BANYAK CONTOH BILA PERAMPUAN MUDA MCM NI BERKECIMPUNG DALAM POLITIK DAN MAHU MENONJOL DIRI BERCAKAP SEPERTI SEORANG PAKAR, TAPI DI PERJALANAN POLITIKNYA TIDAK SEPERTI APA YANG DI ANGANKAN. WIRAWATI INI DALAM KETOGORI BOLEH GUNA TAK BOLEH PAKAI. DIA BELUM LAMA DLM POLITIK, NAFSU MAHU MENONJOL TERLALU TINGGI. DIA BELUM RASA MCM MANA NASIB DIA DALAM POLITIK, KITA TUNGGU DAN LIHAT. BILA POLITIK DAH MAIN KAT DIA, PAKAI BAJU PUN BOLEH TERBALIK.
BUDAK BARU NAK UP, SILA TUNJUKKAN.