DATUK SHAFIE DAN DATUK DARELL GANDINGAN MANTAP




DATUK SHAFIE & YB.DARELL GANDINGAN MANTAP

Gandingan Shafie Apdal dan YB.Darell adalah paling mantap kerana kedua-dua tokoh ini mempunyai grass root yang terbesar di negeri ini yang terkenal dengan panggilan "orang bukit dan "orang laut", kalau menurut type politik Sabah yang  berdasarkan suku, mereka ini ada potensi membawa sabah maju ke depan, namun tidak dapat dinafikan ada juga parti-parti yang lain berdasarkan kesukuan tapi boleh dianggap "hidup segan mati tak mahu".

YB.Darell adalah pemimpin muda dari kumpulan suku KDM dengan masa singkat dapat meletakkan dirinya bakal mengambil Huguan Siou Kadazandusun atau pemimpin Agung, peneraju WARISAN ini mendapat kepercayaan penuh dari parti nya sebagai Timbalan Presiden parti.

Kaum KDM tidak seharusnya melepaskan peluang ini memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada Darell untuk mengangkat maruah Harkat dan Martabat bangsa yang hanya digunakan sebagai "Aji No Moto" hanya sekadar melukut di tepi gantang oleh Barisan Nasional.

Gandingan mantap dari suku Bajau Laut dan Orang Bukit ramai di kalangan penganalisis politik yakin Sabah sekali lagi mencatat sejarah.

Kesedaran YB.Darell bergabung dengan Shafie adalah tindakan tepat kerana hakikatnya bila KDM bersendirian tidak akan mampu  berhadapan dengan Barisan Nasional.
Sememangnya sebelum bergabung dengan parti bumiputra Islam tentu sekali telah memikirkan semasak-masaknya dan risikonya tetapi laluan ini terpaksa dilalui walaupun segelintir tidak ingin melihat KDM dianggap "Kerbau dicucuk-cucuk hidung".

Sungguhpun ada parti berdasarkan kesukuan bak kata pepatah bagai cendawan di musim hujan tetapi itu hanya sebagai meramaikan demokrasi.

Puluhan ribu belia berada di Lembah Kelang, Pulau Pinang dan Johor mencari dan bekerja di pelbagai sektor kerana mereka tidak mendapat pekerjaan di Sabah, akan terjawab dengan adanya pelaburan yang mencecah ratusan billion kerana keyakinan pelabur terhadap kestabilan politik dan ekonomi di negeri ini tentu sekali mengujudkan peluang pekerjaan yang menjanjikan.

SORAYA KIGIS

Comments

Nabahu2u said…
Untuk menjadi "Huguan Siou" jangan lah lagi ada pemimpin politik, memadailah kalau seseorang Huguan Siou KDM dilantik dari seseorang penjawat Awam atau bekas penjawat awam seperti Tan Sri Richard Malanjum. Beliau adalah personaliti yang berwibawa dan sangat layak untuk memimpin dan membawa rakyat KDM di Sabah khasnya dan Malaysia amnya.

Popular posts from this blog

5 FAKTA DARI PERJANJIAN MALAYSIA 1963

PEGUAM WANITA SABAH MOHON PAS KELUAR DARI SABAH

MUSA AMAN MAHU SERTAI BERSATU?