PENCAPAIAN 10 BULAN KERAJAAN SABAH ATASI KEGAGALAN 26 TAHUN KERAJAAN BN DI SABAH

Dalam masa sepuluh bulan kerajaan rakyat (WARISAN) telah membuktikan kepada rakyat bahawa komited menjayakan tuntutan rakyat Sabah mengembalikan haknya yang terkandung dalam MA63 yang telah diperjuangkan oleh pemimpin pembangkang dan umno sendiri tetapi tanpa ada kesudahannya.

Kabinet bersetuju untuk membuat pindaan Perkara 1 (2) Perlembagaan Persekutuan untuk menjadikan Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia sebagai rakan kongsi.

Kesan pindaan Perlembagaan ini membuka ruangan seluas-luasnya kepada Sabah dan Sarawak ke arah berautonomi penuh dalam sedikit masa lagi. Namunpun begitu, banyak lagi liku-liku yang dilalui terutama sokongan ahli Parlimen ⅔ wajib diperlukan.

Tidak apalah, pencapaian ini ada titik terangnya berbanding dengan Barisan Nasional selama 26 tahun mentadbir negeri ini,  hanya janji fotomorgana kononnya hubungan dengan Putrajaya adalah rapat tetapi ternyata hanya mengaburi mata rakyat untuk manipulasi hasil mashul negeri ini.

Sebagai bukti di depan mata kedudukan negeri ini sebaris dengan negeri-negeri kurang mampu di Semenanjung Kedah, Perlis dan Kelantan. Barisan Nasional gagal mengubah kedudukan Sabah menjadi negeri maju walaupun dilaporkan saban tahun bajetnya sentiasa surplus dengan pertubuhan ekonominya dengan kadar 8.6% disokong oleh sumber semulajadi yang kaya.

Setelah Barisan Nasional ditolak oleh rakyat, tong najis  pemimpinnya terbongkar hak-hak rakyat yang sewajarnya untuk meningkat kemakmuran mereka, didapati disembunyikan di merata dunia dari Singapura, Hong Kong, Swiss dan tidak mustahil dibank-bank Israel(Yahudi).

Apakah pencapaian tuntutan MA63 oleh Jeffrey Kitingan, Anifah Aman dan pemimpin yang sealiran dengan mereka hanya retorik yang  menyedapkan telinga rakyat tetapi nihil hasilnya. Pemimpin sebegini harus ditolak oleh rakyat kerana sentiasa mengambil kesempatan untuk mengaut sokongan rakyat semata-mata.

Rakyat Sabah haruslah  bersatu padu menyokong gagasan kerajaan Warisan untuk memberi mandat berunding dengan Persekutuan berhubung isu ini tanpa mendengar dan terpengaruh oleh oportunis politik.

SORAYA KIGIS

Comments

Matudkorotog said…
Janganlah terlalu bongkak menagung-agungkan Yab Shafee dan parti Warisan. Kemenangan parti Warisan andalah juga hasil dari mengadopsi tema dan platform perjuangan yang ditemu-mulaikan oleh Yb Datuk Dr Jeffery ia itu isu MA63.
Lagipun kalau menyentuh korupsi amalam semasa pemerintahan UMNO, harus kita sedar bahawa sebilangan ramai pemimpin2 yang ada dalam kerajaan Warisan memulakan perjuangan politik mereka dalam UMNO.
Oleh itu kita harus menghargai perjuangan yang ditemui oleh pihak A tetapi kemudian di selesai oleh pihak z.
Jangan bersikap kebudak budakan yang umpama "yeeeh, ko mulai berlumba tetapi saya yang sampai duluan, yeeeh". Ptui blogger childish!

Unknown said…
Blm lulus sdh berlagak,,sy mau tgk apa isi pindaan dia nti damaada btul blh mengembalikan kuada atau menjadikan sabah sebuah wilayah,,,,

Popular posts from this blog

5 FAKTA DARI PERJANJIAN MALAYSIA 1963

PEGUAM WANITA SABAH MOHON PAS KELUAR DARI SABAH

MUSA AMAN MAHU SERTAI BERSATU?