TUMPASNYA PH WAJAR DIJADIKAN IKTIBAR



TUMPASNYA PH WAJAR DIJADIKAN IKTIBAR

Walaupun kerajaan tumpas dalam dua PRK di Cameron Highlands dan Semenyih, tetapi kita masih merasa lega berbanding jika Barisan Nasional masih memerintah mungkin kita tidak dapat membayangkan apa yang terjadi tentu 1MDB menjadi-jadi, hutang kita dengan China dengan kadar faedah yang berlipat ganda tinggi, mungkin negara kita akan mengalami nasib seperti Seri Lanka dan beberapa negara Afrika ekonominya di bawah ketiak China.

Orang-orang jahat dan pencuri hak rakyat masih berkeliaran dan tidak didakwa di mahkamah terus merompak dengan lebih dahsyat lagi untuk mengumpul harta peribadi membeli barangan kemas sehingga mencecah satu ribu juta ringgit, kayu balak terus diperkosa dan projek habis di vaccum. Walau bagaimana pun, perlu diambil iktibar oleh pemimpin dan kerajaan Sabah untuk melihat kegagalan PH itu satu suntikan semangat yang lebih gigih lagi untuk bekerja mendekati rakyat, membaca denyut nadi rakyat, memahami keperluan asas kehidupan mereka yang mereka harapkan dari kerajaan.

Aliran pemikiran rakyat sukar dibaca era ini kerana hanya sedikit taksub dengan parti dan pemimpinnya, tetapi sebilangan besar atas pagar hanya memerhati tindakan-tindakan kerajaan dan tingkah laku pemimpin dengan kesilapan sedikit mereka tidak akan menaruh kepercayaan lagi. Dalam hal ini, pemimpin  wajar meninggalkan fasa berbulan madu dan merasa bangga kerana berjaya merampas kerajaan negeri dari Barisan Nasional, bermuhasabah diri lah kalau merasa telah menyimpang dari asas perjuangan asal kembali lah ke pangkal jalan bukan berbangga ke India, ke China, ke New Zealand dan menunjukkan cincin, jam tangan berjenama dengan kereta besar-besar.

Kalau dulu keakraban agak rapat tetapi sekarang sudah menjadi renggang, mungkin sibuk dengan tugasan masing-masing tetapi walau bagaimana sesibuknya sekalipun, beri lah ruang sedikit kepada kawan lama mungkin hanya untuk meluahkan perasaan kerana tanpa penyokong siapa lah pemimpin, kalau memandang ke langit tinggi jangan lupa rumput di bumi.


SORAYA KIGIS

Comments

Shima said…
Very true, puan. If only they listen

Popular posts from this blog

5 FAKTA DARI PERJANJIAN MALAYSIA 1963

PEGUAM WANITA SABAH MOHON PAS KELUAR DARI SABAH

MUSA AMAN MAHU SERTAI BERSATU?