CERAMAH PEMBANGKANG DI SANDAKAN TANDUS ISU
Menjadi senjata utama pembangkang di PRK Sandakan adalah isu manifesto PH tidak terlaksana, kos hidup tidak dapat diturunkan dan harga minyak petrol, berbanding kesalahan mereka yang merompak negara yang berbillion billion sehingga menjejaskan ekonomi negara.
Penceramah penceramah pembangkang di PRK Sandakan hampir kesemuanya sudah kehilangan Intergriti diri mereka, adalah tidak layak lagi bercakap dengan kebenaran kerana mereka terlibat dalam pembohongan, korupsi dan pecah amanah atau salahguna kuasa semasa mereka memegang jawatan di era Barisan Nasioanal.
Tanpa manifesto pun rakyat tetap menukar kerajaan Barisan Nasional kerana terlalu banyak kemungkaran yang berlaku, sikap pemimpin sombong dan angkuh gaya hidup mereka "besar kerak dari periuk" dan tidak ada segan silu menerima rasuah sehingga membelakangkan larangan agama
Dalam al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah(22/220) mentakrifkan rasuah dengan: “Sebarang pemberian bertujuan memalsukan kebenaran dan membenarkan kepalsuan”.
“Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).”
(Surah al-Baqarah: 188).
Ada juga penceramah di PRK Sandakan berlagak ayam jantan berkokok tapi ekor penuh taik, apa tidaknya turut bersubahat dengan penipuan 1MDB yang melibatkan ribuan juta wang ringgit rakyat sehinggakan salah satu faktor menjejaskan ekonomi negara, oleh sebab itu lah kerajaan tersekat menunaikan janji janjinya pada rakyat.
Namunpun negara negara dimana 1MDB beroperasi setakat ini telah menghantar RM1.5 billion dari RM7.5 billion hasil di selewengkan dari dana itu ke Malaysia, bekas pemimpin UMNO masih menepis perkara ini adalah tidak ujud dan kononnya hanya fitnah.
Bagi orang orang Sandakan jangan terpengaruh dengan pujuk rayu dari pemimpin pembangkang terutama dari UMNO, bermakna kamu ikut berdosa atas kesalahan kesalahan mereka yang lalu. SELAMAT BERPUASA.
Soraya
Comments