ISU PTI SABAH;KENAPA BARU SEKARANG BERSUARA?



1. Sewaktu Jeffrey Kitingan, Yong Teck Lee dan Lajim Ukin dalam kerajaan PBS, kenapa isu PTI tak diselesaikan? Lebih awal dari itu, semasa pemerintahan Kerajaan Berjaya pimpinan TS Harris Salleh - kedatangan warga asing juga semacam disenyapkan.

2. Sejak Warisan ambil alih kerajaan, isu PTI adalah isu yang paling kerap dimainkan oleh pihak pembangkang untuk menarik sokongan rakyat terutama kaum KDMR.

3. Umum tahu isu PTI ni bukanlah baru di Sabah. Ia bermula era Kerajaan USNO/Perikatan Sabah, bila pelarian perang dari Selatan Filipina mula mencari perlindungan di Sabah awal tahun 1975.

4  Setelah keadaan di Filipina kembali tenang, pelarian yang memegang IMM13 tidak kembali ke negara asal tetapi memilih untuk kekal di Sabah.

5  Persoalannya, ketika PBS jadi Kerajaan Sabah selama 2 penggal kenapa isu ini tidak diselesaikan ataupun TS Pairin Kitingan, mengambil langkah supaya warga PTI ini dikawal atau dikurangkan.

6  Selepas PBS, giliran  BN yang di ketuai Parti UMNO menjadi Kerajaan Sabah. Dengan sistem penggiliran jawatan Ketua Menteri, beberapa pemimpin telah menjadi Ketua Menteri di Sabah, juga isu PTI tidak berkesan mereka selesaikan. Malah menjadi kronik dengan cerita-cerita pemberian kewarganegaraan secara "express"!

7  Yang lama menjadi Ketua Menteri adalah TS Musa Aman. Ketua Menteri sebelum dan semasa TS Musa Aman terus gagal selesaikan isu PTI. Mengikut laporan akhbar sekitar 2016 jumlah PTI dianggarkan sebanyak 800 ribu orang.

8  Kini mereka yang pernah menduduki kerajaan terdahulu melalui Cybertrooper  mereka mula meletakkan kesalahan kepada Kerajaan Sabah yang baru yang di ketuai oleh YAB Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal.

9. Kerajaan Baru Sabah di kambing hitamkan sebagai punca masalah PTI. Kekecewaan mereka di tolak majoriti pengundi PRU14, mengguna isu PTI dengan menuding jari kepada Kerajaan Sabah pimpinan YAB DSP Shafie Apdal. Sedangkan isu ini, telah gagal diselesaikan era Kerajaan Sabah sebelumnya.

10  Seeloknya mereka cermin diri kesilapan yang mereka sendiri terlibat melakukannya.

11. Seelok juga, mereka membantu Kerajaan Baru Sabah menangani isu PTI ini dengan menyokong langkah yang sedang diusahakan oleh Kerajaan Sabah kini, mengesan dan mendaftar PTI di Sabah untuk di urus-tadbir secara berkesan.


Comments

Enak said…
Dari dulu lagi isu ini telah dikemukakan diperliman,tapi BN tutup mata tutup telinga,dan sekarang PBS upko pbrs yang dalam BN baru buka mata bila sah jadi pembamgkang

Popular posts from this blog

5 FAKTA DARI PERJANJIAN MALAYSIA 1963

PEGUAM WANITA SABAH MOHON PAS KELUAR DARI SABAH

MUSA AMAN MAHU SERTAI BERSATU?