KETUA WIRA PUTATAN SEDIA SEKOLAHKAN TJ JAMAIN
SAPP adalah parti hampir pupus layak di simpan di dalam Muzium kerana sudah ditelan zaman hanya menunggu talkin untuk dikuburkan.
Sewajarnya SAPP meremajakan sap kepimpinan nya jika mahu relevan di mata rakyat, tetapi tidak berbuat demikian terutama di bahagian Pemudanya dilihat tidak mampu mendepani zaman kerana ketua nya tidak mempunyai wawasan atau berpandangan jauh, kalau diukur segi usia TJ Jamain tentu kematangannya sudah cukup masak, apa lagi sudah menjangkau usia 50an tahun yang dianggap sudah ke peringkat Beliau.
Gelagatnya dan tindak-tanduknya tidak dapat mengangkat martabat dan harkat SAPP kerana akal fikirannya tidak kreatif amat terbatas, masih mentah dan kebudak-budakan. Apa tidaknya mengangkat bahan kempennya dari sampah sarap yang tidak boleh dipercayai terutama isu mykad menuduh parti Warisan adalah dalang pemberi mykad pada pendatang tanpa izin, hanya bersandarkan gambar yang tidak tahu sumbernya.
Sekarang Jabatan Pendaftaran Negara telah mengeluarkan satu notis bahawa jabatan itu tidak terlibat dengan operasi itu malahan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang terlibat membuat fitnah ke atas JPN.
Oleh kerana akal kebudak-budakannya itu maka pemuda SAPP yang bertaraf Beliau ini bersedialah untuk berhadapan dengan siasatan oleh PDRM pada bila-bila masa saja kerana kami sedang berfikir untuk membuat laporan posting di Facebook yang disiarkannya hari ini.
Mari saya beri tips kepada anda TJ Jamain, untuk menjadi seorang pemimpin yang baik, jadi lah seorang yang bertanggung jawab dengan segala perbuatan diri sendiri. Sebagai ketua, mestilah berdiri dua tapak ke hadapan dan jadilah contoh yang baik kepada pengikut.
MOHD FIRDAUS DIUN
KETUA WIRA PUTATAN
Comments