RAKYAT PERLU TAHU APA ITU MALU
Mujurlah penguasaan Barisan Nasional berakhir setahun lepas, kalau tidak budaya mencuri dan tidak tahu malu pasti akan tertanam di jiwa rakyat. Dan lebih malang sekali generasi muda sebagai aset dan penerus kepimpinan negara akan subur berkembang dengan sifat sifat moral yang rendah menghalalkan korupsi dan penyalahgunaan kuasa dalam pentadbiran mereka.
Kejayaan pertama PH/Warisan dalam masa setahun ini jarang kita dengar ada pemimpin dan pegawai tinggi terlibat dengan kesalahan moral seperti korupsi dan tidak lagi kita mendengar pemimpin yang mendapat jolokan Mr. Vacuum dan pegawai 20% dan isteri isteri mereka menyimpan khazanah ratusan juta ringgit nilainya.
Sudah menjadi mimpi buruk setiap jiwa rakyat, Wawasan 2020 tidak tercapai malahan dari negara ekonominya mendapat jolokan Harimau Asia telah bertukar menjadi negara korupsi sekelas dengan negara negara Afrika.
Barisan Nasional mendidik rakyat dengan nilai nilai negatif bertentangan dengan fitrah manusia semula jadi, menerima sifat sifat moral rendah membenarkan atau menghalalkan korupsi, pecah amanah yang parahnya lagi agama rasmi negara ini adalah Islam.
Di negara negara bukan Islam pun seperti Jepun amat menekan nilai nilai murni sehinggakan jika melanggar susila akan dibayar dengan nyawa dengan cara Hala Kiri demikian juga Korean pemimpinnya akan membunuh diri kerana rasa malu bila melakukan korupsi.
Di negara Barat terkenal dengan sikap jujur umpamanya kes 1MDB mengembalikan wang atau harta yang di seleweng kepada Malaysia.
Adalah amat menghairankan kepada penyokong UMNO masih mendewa dewakan Najib Razak sepanjang pemerintahannya banyak perkara yang berlaku umpamanya korupsi dan pembunuhan serta bermacam peristiwa berlaku kes kapal terbang hilang, tertembak dan bermacam lagi.
Kelmarin datang di Sandakan dengan imej Malu Apa Bossku dikhabarkan mendapat sambutan agak ramai dalam ceramahnya untuk membantu calon PBS. Inilah satu budaya UMNO yang tidak pandai malu malahan pemimpinnya TS Noh Omar berkata boleh mencuri tapi jangan sampai kedapatan dan ada bukti. Wajar rakyat merasa malu dengan perbuatan Najib yang sedang menghadapi kes makahmah dengan berbagai tuduhan, dan sepatutnya individu ini wajar dijauhi tapi masih disanjung sehingga kelihatan mereka merestui jenayah yang dihadapi oleh Bossku Najib ini.
Marilah kita terutama penyokong Barisan Nasional, balik ke fitrah manusia yang sebenarnya Amar Makruf Nahi Mungkar.
MOLLY LIPS
NEW YORK
Comments