Posts

Showing posts from December, 2018

MANTAN KETUA UMNO BATU SAPI DAN KETUA PEMUDA RANAU BAKAL SERTAI WARISAN ?

Image
Kehadiran Firdaus Akhbar Khan mantan Ketua UMNO Batu Sapi dan Faez Datuk Nordin Mantan Ketua Pemuda UMNO Ranau di KKIA untuk menyambut kepulangan Datuk Seri Panglima Shafie Apdal dari menunaikan umrah telah menguatkan lagi desas desus yang mereka akan menyertai Parti Warisan Sabah. Menurut sumber yang rapat dengan mereka berdua.Firdaus dan Faez bakal membuat pengumuman tidak lama lagi untuk menentukan halatuju politik mereka. Mereka yang tidak lagi memegang jawatan dalam parti UMNO dikatakan akan menyertai parti warisan disebabkan mereka percaya dan yakin dengan kepimpinan presiden Parti Warisan. Mereka juga  yakin yang negeri Sabah  akan lebih baik dibawah kerajaan yang diterajui oleh Warisan,PH dan UPKO berbanding Kerajaan sebelum ni.

JALAN BERTURAP MUDAHKAN LALUAN KEPADA PENJUAL DADAH KE LUAR BANDAR

Image
Lukanisman MIRI: Akses jalan raya berturap bukan hanya memberi manfaat kepada penduduk luar bandar, tetapi menjadi laluan mudah kepada ‘tokan dadah’ menjual syabu. Ahli Parlimen Sibuti Lukanisman Awang Sauni mengakui ‘tokan dadah’ mula masuk ke kampung-kampung untuk menjual dadah kepada pelajar luar bandar. “Saya menyedari terdapat masalah dadah dalam kalangan pelajar sekolah menengah dan mereka dikesan positif dadah setelah saringan air kencing dilakukan. “Walaupun bilangan positif kecil tetapi dikhuatiri berlaku peningkatan sekiranya tidak dibendung,” katanya kepada Utusan Borneo di sini. Lukanisman berkata, ekoran harga dadah jenis syabu kini semakin murah dan mudah didapati maka pelajar tidak mempunyai masalah membeli barangan terlarang itu. “Punca golongan pelajar mengambil dadah adalah terpengaruh dengan rakan sebaya dan ingin mencuba serta kurangnya kesedaran mengenai kesan buruk pengambilan dadah,” jelasnya. Pada masa sama, pujukan rakan sebaya serta rasa tidak m...

JEFFREY TIDAK KISAH DI PENJARA JIKA PELUANG KEDUA TIDAK DIHARGAI PUTRAJAYA

Image
Pemimpin pembangkang Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan percaya Putrajaya berhak diberikan peluang kedua bagi membuktikan keikhlasan dalam melaksanakan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Presiden parti Solidariti Tanah Airku (STAR) itu berkata, beliau berharap perbincangan Jawatankuasa Khas Kabinet berhubungan perjanjian tersebut akan menatijahkan sesuatu yang positif, termasuk menjelaskan tentang kuasa yng diberikan kepada Sabah dan Sarawak di bawah persekutuan Malaysia. Jawatankuasa itu dijadual membentangkan laporan akhirnya pada suku kedua tahun depan. “Pada masa sama, saya berharap ia bukanlah sekadar permainan politik di pihak mereka. Mereka telah pun mengadakan mesyuarat pertama, jadi wajar kita berikan mereka masa. “Jika tiada apa-apa berlaku, maka Sabah dan Sarawak perlu mengambil langkah seterusnya bagi mendapatkan semula hak kami,” katanya kepada FMT. Langkah itu katanya, termasuklah mengadakan referendum, tetapi tidak sama dengan referendum Brexit pad...

CUBAAN PECAH MASUK KEDAI EMAS DI SEGAMA GUNA BOM

Image
KOTA KINABALU: Satu letupan berlaku di sebuah kedai emas di Segama, di sini, awal pagi tadi, dipercayai cubaan pecah masuk ke premis itu. Bagaimanapun, tiada barang kemas dilaporkan hilang dalam kejadian 2.30 pagi tadi itu kerana penjenayah dipercayai tidak sempat memasuki premis berkenaan selepas pintunya diletupkan. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji, berkata polis menerima panggilan daripada orang awam pada jam 2.45 pagi mengatakan berlaku letupan kuat di premis berkenaan. “Sebaik tiba, kita dapati tempat yang diletupkan adalah sebuah kedai emas yang terletak di tingkat bawah. “Kita telah panggil Unit Pemusnah Bom untuk membuat pemeriksaan dan hasil siasatan awal mendapati kesan letupan di tepi pintu jeriji yang menyebabkan ia musnah,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian. Habibi berkata, setakat ini belum dapat dipastikan jenis bahan letupan yang digunakan. Kita tidak pasti berapa bahan letupan digunakan tetapi ...

SEORANG LELAKI DITIKAM RAKAN KERANA TUNTUT HUTANG LAMA

Image
Pasukan Angkatan Pertahanan Awam Sibu memberi rawatan sebelum mangsa dikejarkan ke Hospital Sibu. SIBU: Enggan membayar hutang lama menjadi punca seorang lelaki sanggup menikam rakan yang menuntut wang darinya. Dalam kejadian sekitar jam 7 pagi ini, mangsa lelaki berusia 47 tahun cedera di bahagian dada, pipi dan belakang kepala selepas ditikam seorang lelaki di hadapan sebuah sekolah menengah di sini. Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu Superitenden Martin Koo berkata, kejadian berlaku apabila mangsa meminta suspek untuk membayar hutang sebanyak RM40,000. "Suspek telah berjumpa dengan mangsa berhampiran Bulatan Aman dan kemudian membawa mangsa ke hadapan sebuah sekolah di sini. "Semasa berada di hadapan sekolah tersebut, mangsa ada meminta suspek untuk membayar hutang sebanyak RM40,000. "Namun suspek terus menikam mangsa di bahagian dada sebelah kanan, pipi sebelah kanan dan bahagian belakang kepala sebelah kanan. "Mangsa kemudiannya telah dihant...

GUNUNG BERAPI DI PULAU PERANGINAN BALI MELETUS DAN MEMUNTAHKAN ABU KE UDARA

Image
Puluhan penerbangan dibatalkan apabila Gunung Agung meletus dan memuntahkan asap dan debu setinggi 1,000 pada Jun. (Gambar AFP) JAKARTA: Gunung berapi di pulau percutian Bali meletus hari ini, memuntahkan abu ke udara dan meliputi kampung-kampung berdekatan ketika pihak berkuasa memberi amaran kepada pelancong supaya menghindari kawasan itu. Gunung Agung meletus dari semasa ke semasa sejak ia kembali aktif pada 2017, kejadian yang menyebabkan ratusan penerbangan dan 120,000 pelancong tersadai. Pada pagi Ahad, gunung berapi yang terletak kira-kira 70km dari hab pelancongan Kuta itu memuntahkan abu ke udara apabila ia meletus selama kira-kira 3 minit, kata pusat kajian gunung berapi republik itu. “Penduduk berdekatan Gunung Agung serta pendaki dan pelancong dinasihatkan jangan melakukan sebarang aktiviti dalam kawasan bahaya atau dalam lingkungan 4km radius dari kawah,” kata pusat itu dalam kenyataan. Pada 22 Disember lepas, letusan Anak Krakatoa mencetuskan tsunami ...

RIBUT DI FILIPINA SEBABKAN 4 MAUT DAN RIBUAN LAGI TERPAKSA BERPINDAH

Image
MANILA: Empat orang terbunuh akibat tanah runtuh sementara ribuan mangsa lain terpaksa berpindah, hari ini, selepas ribut melanda tengah Filipina, menurut pihak berkuasa. Penduduk meredah banjir yang melanda bandar Bulan, di wilayah Sorsogon, Filipina. – Foto EPA Tiga ahli sebuah keluarga tertimbus dalam tanah runtuh di bandar Legazpi, tenggara Manila, sementara seorang wanita tertimbus dalam insiden tanah runtuh lain di kawasan bulan, kata pejabat pertahanan awam. Hampir 12,000 penduduk terpaksa dipindahkan daripada rumah mereka di wilayah Bicol, selepas ribut ‘Usman’ melanda timur negara itu, hari ini, kata pihak berkuasa. Gangguan cuaca tekanan rendah itu menyebabkan kelajuan angin selaju 65 kilometer sejam, ia bergerak ke arah barat merentasi kepulauan tengah pada kelajuan 10 kilometer sejam dan dijangka tiba di Laut China Selatan menjelang esok, kata stesen cuaca. Walaupun angin Usman tidak begitu kuat, ia masih membawa hujan lebat yang menyebabkan tanah runtuh dan banji...

KEJAYAAN WANITA LEBIH TINGGI BERBANDING LELAKI DALAM DASAR EKONOMI BARU

Image
Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad malam tadi mahu lelaki Melayu sedar bahawa wanita mereka lebih serius menyahut cabaran semasa. Perdana menteri berusia 93 tahun itu berkata dalam percubaan Dasar Ekonomi Baru, kerajaan dapati kaum wanita mendapat kejayaan yang tinggi di mana-mana sahaja berbanding kaum lelaki. “Ada di antara yang sudah jadi jutawan pun hanya dengan membuat keropok lekor, tudung kepala dan alat kecantikan wanita. Mereka juga mengeluarkan makanan biasa yang tahan lama dan dibungkus dengan cukup menarik. “Ternampak jelas jika diberi peluang kaum wanita mampu berjaya lagi,” katanya kepada 1,200 perwakilan di mesyuarat agung tahunan PPBM di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Bercakap mengenai DEB, Dr Mahathir berkata orang Melayu perlu akui sudah banyak yang kerajaan lakukan untuk perbaiki kedudukan kaum itu, namun hasilnya amat menyedihkan. Beliau berkata kerajaan boleh adakan pelbagai dasar pro-Bumiputera, tetapi hasilnya mengecewak...

AZMIN GESA LANTIKAN JAWATAN UTAMA PKR DI TELITI SEMULA

Image
KENYATAAN MEDIA 29 DISEMBER 2019 Saya menggesa YB Presiden supaya meneliti semula perlantikan jawatan utama kepimpinan parti. Pelantikan yang menyusul selepas pemilihan parti yang sengit perlu mengambil kira pandangan akar umbi dalam semangat musyawarah dan saling hormat-menghormati demi mengembalikan perjuangan parti ke landasan yang sebenar. Pelantikan yang telah diumumkan tidak mencerminkan prinsip ‘fair and just representation’ terhadap aspirasi anggota dan tidak akan membantu parti untuk maju ke hadapan. Beberapa individu yang dinamakan juga terlibat secara langsung dalam proses pemilihan yang tidak telus dan menyebabkan punca perpecahan dalam parti. Jawatan Setiausaha Agung adalah jawatan penting yang harus dipikul oleh seseorang yang profesional dan wibawa dalam memahami tugas pengurusan dan pentadbiran. Beliau perlu melaksanakan tugas selaras dengan keputusan parti yang dibuat secara konsensus dan bukan mengambil pendirian secara berasingan. Begitu juga pelantika...

RM37 JUTA DIPERLUKAN UNTUK BAIK PULIH LALUAN TELUPID-BELURAN

Image
KOTA KINABALU: Jabatan Kerja Raya (JKR) memerlukan RM37 juta untuk melaksanakan kerja pembaikan bahagian jalan raya yang mengalami kerosakan teruk di sepanjang laluan Telupid-Beluran. Pengarah JKR Sabah, Ir Richard Jomiji Kinsil, berkata ia membabitkan jarak 105 kilometer bermula dari sempadan Telupid - Ranau di Kilometer (KM) 177 hingga ke Checkpoint Batu 32, Sandakan di KM 282. Selain itu, katanya, RM2 juta diperlukan segera untuk kerja pembaikan kritikal di sepanjang laluan berkenaan, terutama bagi menyelesaikan masalah laluan berlubang yang mengancam keselamatan pengguna. Katanya, kerosakan yang berlaku sudah melebihi lapisan asas jalan dan memerlukan pembaikan menyeluruh kerana teknik tampalan lubang tidak lagi berkesan disebabkan ia tidak mampu bertahan lama. “Disebabkan kerja tampalan lubang tidak berkesan, JKR Sabah telah mengarahkan pihak syarikat konsesi untuk melaksanakan kerja pembaikan ‘heavy patching’ dan ‘regulating works’ di lokasi yang rosak teru...

Pakar terkejut jumpa gunung berapi raksasa setinggi 4 kilometer dalam laut

Image
Pakar terkejut jumpa gunung berapi raksasa setinggi 4 kilometer dalam laut Pasukan yang terdiri dari gabungan para pakar geologi Indonesia, AS, dan Perancis berhasil menemukan gunung api raksasa di bawah perairan barat Sumatera. Gunung api tersebut berdiameter 50 km dan tinggi 4.600 meter dan berada 330 km arah barat Kota Bengkulu. Para ahli geologi ini berasal dari Badan Pengkajian dan Penerapan Teknologi (BPPT), Lembaga Ilmu Pengetahuan Indonesia ( LIPI), Departemen Energi dan Sumber Daya Mineral, CGGVeritas dan IPG (Institut de Physique du Globe) Paris. “Gunung api ini sangat besar dan tinggi. Di daratan Indonesia, tak ada gunung setinggi ini kecuali Gunung Jayawijaya di Papua,” kata Direktur Pusat Teknologi Inventarisasi Sumber Daya Alam BPPT Yusuf Surachman. Gunung api bawah laut ini berada di Palung Sunda barat daya Sumatera, 330 km dari Bengkulu, di kedalaman 5,9 km dengan puncak berada di kedalaman 1.280 meter dari permukaan laut. Meskipun gunung ini diketahui ...

YB HAJIJI TAMPIL MENAFIKAN SURAT SULIT YANG TULAR DI MEDIA SOSIAL TIDAK ADA KAITAN DENGAN BELIAU

Image
YB Hajiji tampil menjelaskan dan menafikan surat yang tular di media sosial adalah dari pihak beliau. Jelasnya ia adalah fitnah dari pihak yang tidak bertanggung jawab untuk mencemarkan nama baik beliau. Berikut adalah kenyataan media dari YB Hajiji . Kenyataan Akhbar YB. Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman 1. Saya terpanggil untuk merujuk kepada berita dan satu gambar mengandungi surat yang menular di media-media sosial terutama di sabahpost.net dan borneochanel.blogspot.com yang mendakwa ianya adalah surat sulit daripada saya. 2. Saya ingin menegaskan di sini bahawa saya dan rakan-rakan mantan pemimpin UMNO Sabah tidak ada kaitan langsung dengan tuduhan yang disebut dan ditular dalam media sosial itu. 3. Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu dan ini merupakan satu fitnah  yang bertujuan untuk merosakkan dan mencemarkan nama baik dan reputasi saya selaku ADUN Sulaman. 4. Saya berpendapat, terdapat pihak t...

ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA DIJANGKA HINGGA KHAMIS

Image
Amaran angin kencang, laut bergelora hingga Khamis Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50 hingga 60 kilometer sejam dan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan utara Condore, utara Reef North dan utara Palawan bermula esok sehingga Khamis ini. Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia di Kuala Lumpur, hari ini keadaan angin kencang dan laut bergelora itu berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri. Sementara itu, angin kencang Timur Laut berkelajuan 40 hingga 50 km sejam dengan ombak setinggi 3.5 meter turut diramal berlaku di kawasan perairan selatan Condore, Bunguran, selatan Reef North, Layang-Layang, Reef South, selatan Palawan, Labuan dan Sabah Barat bagi tempoh yang sama. “Keadaan itu berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi dan sukan laut,” menurutnya lagi. - Bernama

SURAT SULIT PPBM SABAH DISEBARKAN DI MEDIA SOSIAL

Image
Heboh di media bila tersebarnya satu gambar yg mengandungi surat sulit dari YB Datuk Seri Hajiji. Namun setakat ni belum ada pihak yang tampil menjawab atau menafikan akan kebenaran tentang kemunculan surat sulit itu. Berikut adalah antara kandungan yang tertulis dalam surat itu. Perjuangan kita tidak berhenti di sini. Kini, tanggung jawab baru wajib kita galas bersama dibawah platform perjuangan PPBM.  Seperti mana yang kita semua maklum, keserasian PPBM dan UMNO amat jelas dari segi perlembagaan, warna merah, Nama UMNO dan PPBM (Cuma Perkataan Melayu di tukar kepada Pribumi dan pemimpinya rata-rata berasal dari UMNO. Kejayaan besar YAB Tun M di Sabah yang telah Berjaya meningkatkan populasi Negeri Sabah secara drastik dengan Projek IC 1.0 sehingga 4.0 haruslah kita gunakan untuk menguatkan kestabilan PPBM di Sabah. Tugas utama kita adalah menjejaki (Secara sulit) mereka yang telah mendapat IC Projeck semasa era pemerintahan Tun M sebelum ini dan...

GUNUNG MAYON DI FILIPINA MUNTAH ABU PUTIH KELABU ATAS KAWAH

Image
Gunung berapi Filipina paling aktif, Gunung Mayon, telah memuntahkan abu putih kelabu setinggi 500 hingga 600 meter di atas kawah pada pagi Khamis, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan seorang ahli volkanologi Filipina. Eduardo Laguerta, ahli volkanologi residen di Institut Volkanologi dan Seismologi Filipina (Phivolcs), wilayah Albay di utara Filipina, memaklumkan Xinhua bahawa letusan freatik atau letupan wap itu berlaku pada pukul 8.17 pagi waktu tempatan, dan menambah bahawa tiada letusan besar dijangka berlaku. Phivolcs berkata gunung berapi itu kini "pada tahap pergolakan yang sederhana," menyebabkan pihak berkuasa memberi amaran kepada penduduk untuk menjauhkan diri daripada kawasan berbahaya gunung berapi tersebut iaitu dalam lingkungan 6 kilometer dari kawah susulan kemungkinan berlaku "letusan secara tiba-tiba." Gunung berapi berbentuk kon setinggi 2,460 meter itu terletak di wilayah Albay, kira-kira 300 kilometer di tenggara...

EXCO WIRA WARISAN ANGGAP IDEA BAWA PPBM KE SABAH ADA NIAT LAIN

Image
DESAK TUBUH PARTI BERSATU DI SABAH STRATEGI BALAS DENDAM PEMIMPIN UMNO BN TERHADAP WARISAN & PAKATAN HARAPAN 1) BN Sabah hampir pasti dibubarkan di Sabah selepas Ahli Parlimen dan ADUN UMNO membentuk Gabungan Bersatu Sabah (GBS) yang mereka umumkan pada 24 Ogos 2018. 2) Sejurus selepas itu, hampir kesemua ADUN & Ahli Parlimen UMNO di Sabah mengumumkan keluar dari UMNO untuk menjadi sama ada ADUN atau Ahli Parlimen bebas dengan niat untuk masuk BERSATU lantas membuka pintu kepada BERSATU untuk bertapak di Sabah. 3) Mereka semua sedar bahawa langkah mereka ini tidak disukai dan menjadi bahan makian oleh Majoriti Rakyat Sabah. Ia dianggap sebagai PENGKHIANATAN MUTLAK kepada SABAH. Namun, atas dasar ingin "Membalas Dendam" terhadap Parti Warisan & PH Sabah mereka mengetepikan cemuhan dan harga diri mereka asalkan mereka dapat memporak-perandakan Kerjasama utuh antara WARISAN & PH Sabah. 4) Rakyat Sabah ibaratkan bekas ADUN & Ahli Parlimen UMNO ini s...

TUN JUHAR KEKAL SEBAGAI YANG DIPERTUA NEGERI SABAH

Image
Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini berkenan mengurniakan Surat Cara Pelantikan kepada Tun Juhar Mahiruddin sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah bagi penggal ke-3, bermula 1 Januari ini. Istiadat pengurniaan itu berlangsung di Singgahsana Kecil, Istana Negara yang turut disaksikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Turut hadir Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun. Juhar, 65, dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah ke-10 pada 1 Januari 2011 menggantikan Tun Ahmadshah Abdullah dan seterusnya beliau dilantik menjawat jawatan sama bagi penggal ke-2 pada 1 Januari 2015. Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah baru-baru ini meluluskan pindaan Rang Undang-undang Perlembagaan Negeri Sabah bagi menghapuskan tempoh perkhidmatan Yang Dipertua Negeri Sabah yang selama ini dihadkan kepada 2 penggal. Beliau yang ber...

DADAH DALAM KOTAK HADIAH; SEORANG LELAKI DITAHAN KASTAM

Image
Seorang lelaki yang kononnya berhasrat untuk menuntut ‘hadiah’ ditahan sepasukan pegawai kastam daripada Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah di salah sebuah pusat penghantaran kurier di sini, pada Jumaat lepas. Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah Datuk Madrim Tasan (dua kiri) menunjukkan cara dadah jenis syabu yang disorokkan dalam paket teh cina sebelum disimpan dalam kotak lampin pakai buang bayi pada sidang media di Wisma Kastam Sabah, Kota Kinabalu. Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah Datuk Madrim Tasan berkata lelaki warga tempatan berumur 38 tahun itu mendakwa untuk menuntut barang yang dikatakan sebagai hadiah daripada seseorang. “Serbuan yang dibuat berdasarkan maklumat dan risikan ini telah menemukan barangan larangan disyaki dadah berbahaya iaitu ‘methaphetamine’. Foto Kastam Sabah “Dadah ini disorok pada paket teh cina berwarna kuning berjenama ‘Da Guan Yin’ dan diletakkan didalam beberapa kotak lampin pakai buang ...

PEMBAYARAN FASA 1 BSH BERMULA 28 JANUARI 2019

Image
Pembayaran program Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 sebanyak RM300 bagi setiap isi rumah untuk golongan B40 akan mula dilaksanakan pada 28 Januari tahun depan, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng. Lim berkata, pembayaran BSH 2019 yang dijangka memanfaatkan sehingga 4.1 juta isi rumah itu akan menggunakan pangkalan data lama dan kaedah lama yang digunakan sewaktu pentadbiran Barisan Nasional (BN). “Pihak Kerajaan terpaksa menggunakan pangkalan data lama yang kemungkinan besar mengandungi nama penerima yang tidak layak, bagi membolehkan bayaran dibuat cepat sebelum Februari 2019,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Tambah Lim, proses pemutihan bagi mengeluarkan nama penerima yang bukannya daripada golongan B40 memerlukan masa panjang untuk dilaksanakan. “Pembayaran fasa pertama sebanyak RM300 bagi setiap isi rumah. Ini akan melibatkan peruntukan berjumlah RM1.2 Bilion. Bayaran akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank mereka,” katanya. Jelasnya, setelah pangka...

PAKAR BENCANA BERI AMARAN TSUNAMI MUNGKIN MELANDA INDONESIA

Image
Tsunami baharu mungkin landa Indonesia PARIS 25 DIS: Beberapa pakar bencana kelmarin memberi amaran satu lagi kejadian tsunami mungkin melanda Indonesia, sehari selepas hampir 400 orang terbunuh disebabkan letusan gunung berapi yang menghasilkan ombak besar. “Tsunami itu nampaknya berpunca daripada tanah runtuh di dasar laut sekitar gunung berapi Anak Krakatau,” kata pensyarah Universiti Terbuka di Britain, David Rothery. Anak Krakatau adalah sebuah pulau yang muncul pada tahun 1928 dalam kawah tinggalan gunung berapi Krakatau yang meragut sekurang-kurangnya 36,000 nyawa dalam letusan besar pada tahun 1883. Anak Krakatau terletak di antara pulau Jawa dan Sumatera di Selat Sunda, berhampiran beberapa kawasan penduduk berkepadatan tinggi. “Walaupun tsunami itu agak kecil, ombak sedemikian penuh dengan pelbagai serpihan berbahaya dan boleh meragut nyawa penduduk yang tinggal berhampiran pesisir pandai, lebih-lebih lagi jika tiada amaran awal,” jelas pensyarah Un...

PBS TIDAK SELESA DENGAN CADANGAN PEMUDA UPKO TUBUH MAJLIS PRESIDEN

Image
Parti Bersatu Sabah (PBS) memperlekehkan cadangan bekas parti sekutu, Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) yang mencadangkan penubuhan majlis presiden untuk parti-parti yang memerintah Sabah. Naib Presiden Johnny Mositun menggambarkan seruan Ketua Pemuda Felix Joseph Saang itu hanya untuk menarik perhatian. “Benar-benar melucukan. Apa perlunya majlis presiden sedangkan keempat-empat parti berkenaan sudah membentuk kerajaan dan presiden masing-masing dalam jemaah menteri dan ada akses penuh kepada ketua menteri? “Apakah ada kekurangan dalam kerajaan Warisan-Pakatan Harapan-Upko?” katanya, dan menambah kumpulan perundingan seperti itu haruslah melibatkan Warisan, Upko, PKR dan DAP. Saang berkata Pemuda Upko mencadangkan penubuhan majlis itu sebagai platform untuk pimpinan tertinggi gabungan itu membincangkan isu-isu berkaitan. Saang berkata cadangan itu diterima baik Ketua Menteri Datuk Seri Shafie Apdal dalam mesyaurat agung Upko pada Oktober. Beliau berkata...